Isnin, 5 Disember 2011

Majlis Pernikahan & Perkahwinan Erni Dekritwati dan Khamarulazlan Mohamad Hanafiah

Anak sulung jutawan kosmetik, Erni Dekritwati Yuliana Buhari, 26, atau Rita telah melangsungkan perkahwinan denga jejaka pilihan hati, Khamarulazlan Mohamad Hanafiah, 35, pada 4 Disember 2011.
Rita sah menjadi isteri kepada Khamarulazlan
Dengan sekali lafaz, Rita sah bergelar isteri kepada Kamarulazlan Mohamad Hanafiah, 35, Setiausaha Sulit Kanan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim selepas pasangan berkenaan dinikahkan dalam satu majlis di Taman Harmonis, Gombak di sini, semalam.
Gambar dari mukadepan.net


Majlis akad nikah itu yang telah diwalikan bapanya Buhari Mohamed, 62. Disusuli pula selepas itu jamuan makan malam. Majlis pernikahan Rita berkonsepkan 'Islamic Garden Wedding'. Rita menerima hantaran RM30,000 berserta sembilan dulang hantaran berbalas 11.
Majlis persandingan di pihak lelaki pula bakal diadakan di Crown Plaza,8Disember ini.





Tiada ulasan: