Isnin, 16 Januari 2012

Buat Beg 2 Dalam 1-Jimat dan Mudah

Sudah lama tidak buat aktiviti menjahit. Asyik jadi blogger aje hobi yang satu ini dilupakan pula. Tapi dua tiga hari ini, tangan dah gatal nak menjahit aje. Menung dan cari ilham sekejap, nak jahit apa ye?

Seperti biasa Ct lebih suka gunakan barang yang boleh di recycle. Memandangkan adik ada beri seluar yang sudah tidak muat lagi jadi cari di google dapatlah tutorial  reversible-bag. Ok mulakan sekarang.......

Setelah mengambil masa sehari inilah hasilnya reversible bag versi Ct. Yang berwarna biru tu kain recycle dari seluar, untuk warna terang tu Ct beli kainnya di Nilai 3.
Kalau rasa hari tu nak ceria aje,bolehlah pakai corak berwarna terang
Bersedia untuk pergi shopping
Bagi sesiapa yang berminat bolehlah cuba tutorial ini,senang dan menjimatkan sebab boleh gunakan dikedua-dua belah beg.

Beg 2 dalam 1-Jimat
Sekarang ini ada cara mudah dengan Gunakan TrueMatch anda seperti jurumekap professional

5 ulasan:

puanbee berkata...

cantik ct ... memang berbakat ct dalam bab menjahit ni

ct N honey berkata...

@puanbee pbee pandai cari duit jadi blogger,ct pandai menjahit ajelah he.he.he..

Joanna Yunus berkata...

alah malaslah nak cuba...boleh tak order je cik Ct tolong buatkan.... :)

Suzie berkata...

comel sangat

ct N honey berkata...

@Joanna Yunus
hantar email kat ct sitinoorhz@gmail.com nanti ct btahu harganya(kalau masih berminat)

HAK MILIK : http://cthoney.blogspot.com/