Isnin, 9 Januari 2012

Datuk Seri Anwar Ibrahim Dibebaskan Daripada Tuduhan Meliwat

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebas dan melepaskan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.


Sebaik sahaja keputusan tidak bersalah diumumkan
Penyokong bersorak setelah keputusan berpihak kepada Datuk Anwar
Keputusan itu dibacakan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah, di Mahkamah Tinggi Jenayah 3 di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini sebentar tadi.sumber

Update dari  bharian
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini, semalam daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, empat tahun lalu.
Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah yang hanya mengambil masa kurang tiga minit untuk membacakan penghakimannya berkata, beliau mendapati tiada bukti kukuh untuk menyokong keterangan Mohd Saiful, 27.

“Selepas meneliti keterangan saksi dan hujahan kedua-dua pihak, mahkamah tidak dapat memastikan 100 peratus bahawa integriti sampel DNA yang diambil daripada Mohd Saiful, tidak terusik.

“Disebabkan itu, adalah tidak selamat untuk bergantung semata-mata kepada keterangan DNA, selain tiada keterangan lain untuk menyokong keterangan saksi pendakwa pertama (Mohd Saiful),” katanya yang mula membaca penghakiman pada jam 9.20 pagi.

Mohamad Zabidin berkata, dalam kes jenayah seksual, mahkamah keberatan untuk mensabitkan tertuduh dengan hanya bergantung kepada keterangan Mohd Saiful.

“Sehubungan itu, mahkamah memerintahkan supaya tertuduh dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan itu,” katanya.
Anwar, 65, yang memakai kemeja biru dan seluar hitam kelihatan tersenyum sebaik hakim selesai membacakan keputusan dalam mahkamah yang penuh sesak. Beliau kemudian keluar kandang tertuduh dan dikerumuni anggota keluarga, pemimpin parti pembangkang dan penyokongnya.

Pihak pendakwaan yang diketuai Peguam Cara Negara II, Datuk Mohamed Yusuf Zainal Abiden, yang ditemui selepas keputusan itu, berkata pihaknya belum memutuskan sama ada akan membuat rayuan terhadap keputusan berkenaan, bagaimanapun mereka mempunyai masa 14 hari untuk berbuat demikian.

Sebelum itu, Anwar, yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Duta jam 8.30 pagi dan memasuki mahkamah kira-kira 15 minit kemudian bersama isteri, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dan semua anaknya termasuk Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah. Ribuan penyokongnya turut berhimpun di luar mahkamah untuk mengetahui keputusan itu.

Anwar dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan meliwat Mohd Saiful di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara di sini, antara jam 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Beliau yang mengaku tidak bersalah, didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabitan kesalahan.

Perbicaraan kes liwat itu yang mendapat tumpuan meluas media dan orang ramai, bermula pada 3 Februari 2010 dengan pihak pendakwaan memanggil 27 saksi dan empat saksi menyangkal, manakala lapan saksi pembelaan dipanggil termasuk Anwar yang memberikan keterangan daripada kandang tertuduh.

Keputusan semalam, amat dinantikan selepas hampir dua tahun setengah perbicaraan kes liwat itu berjalan selepas tertangguh lebih 60 kali akibat pelbagai permohonan sampingan dan rayuan dibuat pasukan peguam Anwar, termasuk ke Mahkamah Rayuan dan Persekutuan.

Ini adalah tuduhan liwat kedua dihadapi Anwar. Beliau pernah dituduh meliwat pemandunya, Azizan Abu Bakar, pada 1998.

Bagi tuduhan berkenaan, Anwar disabitkan bersalah dan dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun oleh Mahkamah Tinggi, bagaimanapun selepas rayuan Mahkamah Persekutuan menolak sabitan dan mengetepikan hukuman penjara serta membebaskan Anwar.

Turut hadir mengikuti prosiding semalam, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim; Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng; Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Sasterawan Negara, A Samad Said dan bekas Menteri Penerangan dan Pelancongan, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir.

4 ulasan:

eamy milea berkata...

KEBENARAN BERPIHAK KEPADA YANG BENAR,,, ;)

Tanpa Nama berkata...

lepas sbb tak cukup bukti, bukan sbb tak bersalah.

Tanpa Nama berkata...

payah..kalau kat dunia pun buta nie...yg betul2 tak bersalahnya macam icon Khir Toyo n Shahrizat tu...betul tak? berpolitik kena berilmu...jgn main ikut je...akhirat kelak ditanya nanti..

kak mah berkata...

Kebenaran pasti menjelma,kita tunggu dan lihat.

HAK MILIK : http://cthoney.blogspot.com/