Rabu, 11 Januari 2012

Gambar Kemalangan Perodua Myvi Terbang Di Kota Bharu

PEMILIK memeriksa keadaan kenderaannya yang rosak teruk selepas sebuah PERODUA Myvi yang terbabas dan merempuh longgokan pasir lalu terbang dan tersangkut di atas bumbung vannya di Jalan Perkeliling, Kota Bharu, 7.30 pagi tadi.
Kemalangan di Jalan Perkeliling Kota Bharu
Bagaimanapun tidak siapa yang tahu bagaimana saat cemas yang dialami jurujual berumur 30-an itu apabila kereta yang dipandunya itu secara tiba-tiba pancit dan melayang ke udara ‘sebelum’ tersangkut di atas bumbung van.

Pemuda itu tidak mengalami sebarang kecederaan. Ketika kejadian dia dalam perjalanan untuk ke tempat kira-kira pukul 7.50 pagi ini.

Menurut saksi kejadian, kereta itu hilang kawalan apabila tayar kiri di bahagian depan kereta itu tiba-tiba sahaja pancit dan ketika berusaha menghentikannya dia melanggar longgokan batu dan pasir sebelum terbang tinggi. Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian tersebut.

“Rempuhan tersebut menyebabkan kereta yang dipandu mangsa melompat dan berada di atas van berkenaan. “Mangsa dibantu orang ramai untuk turun ke bawah,” katanya.

Perodua Myvi terbang

8 ulasan:

::CIK LYNN:: berkata...

dhsyatnya...huhu

diana berkata...

mak aih..!!

Kumbang Jingga berkata...

gile laju nie

kak mah berkata...

Sah ! Laju

Anastasyea Aida berkata...

conform pelumba F1 =)

www.anastasyea.com

Jendela Hati berkata...

isk2 dasat tuu

Tanpa Nama berkata...

ade saksi mengatakan pemandu tu memandu laju selepas buat U turn. lokasi kemalangan ialah di hadapan caltex jln long yunus menghala ke simpang 4 jln peleliling

mamatz berkata...

kalau bawak perlahan takkan melambunglah kalau langgar longgokan pasir sekalipun..

sah laju nih..

layan hbo,axn,starworld,discovery channel, live radio dan lain lain percuma secara online di sini..-->> http://liveradio.super-resources.com

HAK MILIK : http://cthoney.blogspot.com/