Khamis, 12 Januari 2012

Gambar Majlis Resepsi Ezlynn & Adam Tajaan Rafflesia di Crowne Plaza Mutiara

DISATUKAN pada 20 November lalu dengan jejaka pilihan hati juga pengurus peribadinya, Adam Fahmy, penyanyi yang popular dengan lagu Hi Hi Bye Bye, Azline Ariffin atau Ezlynn bertuah kerana mendapat tajaan Rafflesia untuk majlis resepsinya.

Majlis tajaan Raflesia Pearl Wedding itu berkonsepkan musim luruh di Sepanyol bertemakan warna-warna emas, kuning dan perang dan diadakan di Crowne Plaza Mutiara pada 11.01.2012.

 Jam 9.15, ketibaan pasangan pengantin diiringi lagu Sepanyol.

Pasangan pengantin Ezlynn & Adam yang diiringi empat gadis jelita sebagai pengapit iaitu, Neelofa, Sya Sharani, Sharifah Mariam dan Nurliza Azulkarnain 

 Ezlynn pula membuat persembahan, menyanyikan lagu Sepanyol berjudul Qisas yang bermaksud "perhaps".

 dekorasi  majlis Ezlynn & Adam segenap dewan berkonsep ala Mediterranean-hiasan dedaunan berwarna jingga, coklat keemasan berguguran di sana sini.
Majlis Resepsi Ezlynn & Adam Tajaan Rafflesia
Majlis Resepsi Ezlynn & Adam berkonsepkan  musim luruh di Sepanyol
Ezlynn kelihatan anggun dengan busana gaya moden berwarna emas rekaan tiga pereka muda iaitu Nurliza Azulkarnain, Sya Shaharani dan Sharifah Mariam Syed Mohd. Fabriknya didatangkan daripada gedung Jakel dan ia disulam dengan mutiara Laut China Selatan dan Tahiti. Keseluruhan baju itu saja, belanjanya dianggarkan bernilai RM80,000 hingga RM100,000.

Bukan Ezlynn saja yang bergaya hebat pada malam itu, malah empat pereka itu bersama pelakon Neelofa yang menjadi pereka kasut Ezlynn menjadi pengapit Ezlynn dan menggayakan warna-warna ala mediterranean


Ezlynn memakai perhiasan tajaan Raflesia Pearl Wedding
Acara memotong Kek  Ezlynn & Adam Tajaan Rafflesia
Makanan juga bertemakan Sepanyol iaitu Udang salad, Sup labu, Salmon panggang dan kek coklat mousse. Kira-kira 200 tetamu terdekat telah hadir memeriahkan lagi majlis resepsi Ezlynn dan Adam.

Antara yang hadir pada majlis itu ialah Pengarah Urusan Rafflesia, Sin Chean Loong, Pengarah Urusan Lord's Tailor, Robert Loh dan Kenny Loh dan kira-kira 200 orang tetamu. Turut hadir ialah Neelofa, Dafi, Jehan Miskin, Yasmin Hani, Lisdawati dan Fauzi Nawawi, Memey Suhaiza, Amber Chia, Adibah Noor, Farhan, Dynas Mokhtar dan Eja.

 Ezlynn mengenakan gaun labuh berwarna lavendar, rekaan pereka tersohor, Woon Hooi 



















Gambar dari  myartis.com dan  malaysiandigest juga  william.harith






4 ulasan:

Myra Jay berkata...

Ezlynn nampak berisi sikit berbaju pengantin ni ;)

Tanpa Nama berkata...

nmpk makeup xsekata..

Rahmah Ram Ram berkata...

muka ezlynn nampak lain dan berisi

Tanpa Nama berkata...

baju n mekap tak sesuai dgn ezlynn,bju tak npak mcm hrga 80k pon..

HAK MILIK : http://cthoney.blogspot.com/