Sabtu, 28 Januari 2012

Mizz Nina Terima Undangan Ke Malam Anugerah Grammy ke 54

Artis Malaysia yang kini sedang menempa nama di persada Hollywood Mizz Nina telah disenaraikan antara Penyanyi yang dijemput ke Malam Anugerah Grammy ke 54 yang akan diadakan di Los Angeles, Amerika Syarikat (AS) pada 12 Februari ini.

Mizz Nina yang telah disahkan kini berada di Amerika Syarikat bagi membuat persiapan terakhir akan terlibat dalam beberapa sessi temuramah bagi artis yang bakal terlibat pada Anugerah tersebut.




Malah Jojo Struys iaitu penerbit bagi syarikat produksi kyanite.tv juga akan berkongsi pengalaman dengan merakamkan kunjungan Mizz Nina ke sana melalui sebuah program khas yang akan ditayangkan di Astro Ria tidak lama lagi.

Mizz Nina akan terlibat dengan sesi temuramah  di ruangan khas untuk barisan artis yang terlibat sempena anugerah berkenaan.

1 ulasan:

Mohamad Fathi berkata...

Wah.. untunglah dia tu.. hehe.. ^_^