Ahad, 29 Januari 2012

Pemenang Anugerah Pilihan Pembaca Media Hiburan (PPMH) 2011/2012-Aaron Aziz Menang Besar

Karnival Karangkraf telah berlangsung pada 27 hingga 29 Januari, bertempat di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, Shah Alam. Pelbagai aktiviti menarik telah disediakan. Salah satunya adalah Konsert PPMH2011/2012 Media Hiburan dan Anugerah PPMH Media Hiburan yang telah berlangsung pada 28 Januari 2012 dan acara bermula pada pukul 8.00 malam.


Anugerah PPMH yang mula diperkenalkan sejak tahun 1996 ini bertujuan untuk menghargai golongan artis dan selebriti yang mewarnai dunia hiburan tanah air. Dalam masa yang sama, ia juga turut memberi peluang kepada pembaca setia Media Hiburan untuk memilih artis atau selebriti kegemaran mereka berdasarkan kategori yang dipertandingkan.

Bermula dari peringkat awal pencalonan sehinggalah kepada keputusan akhir, keseluruhan adalah berdasarkan undian daripada peminat.

Berbanding anugerah-anugerah lain yang ada dalam industri hiburan tanah air, Anugerah PPMH 2011/12 tampil berbeza melalui kategori-kategori yang dipertandingkan. Kategori-kategori ini diperkenalkan setelah menyedari peminat di luar sana bukan sahaja meminati bakat yang ada pada seseorang artis itu semata-mata, tetapi juga kepada faktor-faktor lain seperti fizikal dan keperibadian yang mereka miliki. Sebanyak 17 kategori yang dipertandingkan.



Anugerah IKON
Dato' Siti Nurhaliza- Menang
Aznil Hj. Nawawi
Rosyam Nor
Chef Wan
KRU
Siti Nurhaliza anugerah Ikon PPMH 2011/12

Selebriti Favourite

Dato' Siti Nurhaliza
Erra Fazira
Aaron Aziz
Lisa Surihani
Shaheizy Sam-Menang
Shaheizy Sam anugerah favourite PPMH 2011/12

Anugerah Cekal

Irma Hasmie
Memey Suhaiza
Abby Abadi-Menang
Nora Danish
Fasha Sandha
Abby Abadi anugerah cekal PPMH 2011/12

Anugerah Janda Hot

Rozita Che Wan
Maya Karin
Nora Danish-Menang
Abby Abadi
Siti Nordiana
Nora Danish anugerah janda hot PPMH 2011/12

Kategori Duda Hot

Yusry-Menang
Aznil
Beego
Radhi
Nash

Anugerah Harapan

Tiz Zaqyah
Adira
Hafiz
Yuna-Menang
Shahz Jaszle

Anugerah Kacak
Aaron Aziz-Menang
Anuar Zain
Shahz Jascle
Gambit
Ady Putra
Aaron Aziz anugerah Papa hot & kacak PPMH 2011/12

Anugerah Jelita

Erra Fazira
Rozita Che Wan-Menang
Diana Danielle
Lisa Surihani
Scha Al Yahya
Rozita Che Wan anugerah jelita PPMH 2011/12

Anugerah Hot Mama

Erra Fazira
Ziana Zain-Menang
Rozita Che Wan
Dynas
Nora Danish

Anugerah Hot Papa

Faizal Tahir
Aaron Aziz-Menang
Fazley yaakob
Norman Hakim
Zamarul Hisyam

Anugerah Stylo
Stancy-Menang
Yuna
Fazura
Alyah
Iz OIAM
Stancy anugerah stylo PPMH 2011/12

Anugerah Rambut Menawan Lelaki

Noh Hujan
Faizal Tahir
Gambit-Menang
Nubhan
Shahz Jaszle
Gambit anugerah rambut menawan lelaki PPMH 2011/12

Anugerah Rambut Menawan Wanita

Fouziah Gous-Menang
Sari Yanti
Yatt Hamzah
Wan Syarmila
Intan Ladyana
Fouziah Gous anugerah rambut menawan wanita PPMH 2011/12

Anugerah Kulit Cantik Wanita

Irma Hasmie
Heliza
Farahdhiya
Dato' Siti Nurhaliza
Erra Fazira-Menang

Anugerah Kulit Cantik Lelaki

Ashraf Muslim
Shamsul Yusof
Fazley Zainal
Zoey Rahman
Dafi-Menang
Dafi anugerah kulit cantik lelaki PPMH 2011/12

Anugerah Seksi Lelaki

Aaron Aziz
Norman Hakim-Menang
Zul Ariffin
Ady Putra
Jehan Miskin
Norman Hakim anugerah seksi lelaki PPMH 2011/12

Anugerah Seksi Wanita

Rozita Che Wan
Fazura-Menang
Mimi One Nation Emcee
Lana Nordin
Jue Aziz
Fazura Anugerah seksi  wanita PPMH 2011/12

Tahniah kepada pemenang.  Konsert menampilkan persembahan hebat daripada barisan artis popular tanah air seperti Dato' Siti Nurhaliza, 6ixth Sense, Stacy, Alif Aziz, Akim, Adira & Nabil berduet lagu Ombak Rindu, Awi Rafael, Dafi, Amir Jahari dan Nubhan.

Lebih 100 artis dan selebriti tanah air turut menyerikan majlis anugerah yang diacarakan oleh Nabil Raja Lawak dan Dira Abu Zahar ini. Antaranya ialah Ziana Zain, Aaron Aziz, Fazura, Shaheizy Sam, Neelofa, Rozita Che Wan, Johan As’ari, Fouziah Gous, Heliza Helmi, Farah Asyikin dan ramai lagi.


2 ulasan:

normi nieza berkata...

tahniah kpda smua artis yg bertanding..:)

faeiz berkata...

Anugerah Ni Memang Lebih Kepada Fzikal Ke?

HAK MILIK : http://cthoney.blogspot.com/