Sabtu, 25 Februari 2012

Blog Rotikaya.com Disaman Wan Shades Kerana Memfitnah

Bekas penyanyi kumpulan Shades, Mohamad Faizal Mohd Ali atau Wan Shades akan mengambil tindakan saman terhadap pengendali blog hiburan Rotikaya.com kerana menerbitkan artikel yang dianggap memfitnahnya.
Wan Shades saman malu  blog Rotikaya

Katanya, artikel bertajuk Wan Shade Suspek Utama Penyanyi Kumpulan R&B Rogol anak Tiri Selama Tujuh Tahun secara jelas merujuk kepada dirinya.

Artikel itu dikeluarkan dalam blog Rotikaya.com pada 20 Februari lalu. Bagaimanapun, artikel itu sudah dikeluarkan daripada blog berkenaan.

Wan berkata, tindakan undang-undang terpaksa diambil untuk memberi pengajaran kepada pengendali blog itu supaya bertanggungjawab terhadap artikel yang dikeluarkannya selain meminta mereka tampil untuk menjawab setiap tuduhan yang dilemparkan.

“Artikel yang dikeluarkan adalah satu spekulasi tidak benar dan ia mencemarkan maruah saya sebagai artis dan nama baik saya sebagai Naib Yang Dipertua Pertubuhan Silat Seni Gayung Daerah Gombak dan Setiausaha Kawasan Rukun Tetangga Gombak Setia,” katanya pada sidang media di rumahnya di Taman Melati di sini, semalam.

Beliau memberi tempoh tujuh hari kepada blogger itu untuk menjawab tuduhan yang dilemparkan kepadanya.

“Saya sedia bersemuka dengan blogger terbabit untuk mendapatkan penjelasan, namun mereka gagal dihubungi,” katanya.
Wan turut membuat laporan di Balai Polis Ukay Perdana pada hari sama selepas membaca artikel berunsur fitnah diterbitkan dalam blog berkenaan.

Bagi mereka yang tidak berkesempatan membaca entry tu di blog Rotikaya bolehlah baca di Penyanyi Hip Hop Rogol Anak Tiri Adalah Pelakon Drama Atas Nama Cinta


update 27 disember 2012
Bekas Anggota Kumpulan Hip Hop Ruffedge Didakwa Rogol Anak Tiri




10 ulasan:

Man berkata...

dunia hiburan..biasalah.. baik buat entri lain.. lebih selamat..

mz berkata...

ini antara bahaya nye buat blog gossip, salah info abis kena saman..

btw, pasal link blog aku tu..

aku dah tukar link ye..hrp betulkan segera.. > http://muazfaris.com/feed

maszull berkata...

assalamulaikum CT...kenalah berhati2 dilain kali siasat dulu sama ada berita itu benar atau x jgn main tulis jer kan...:)

ct N honey berkata...

@Muaz Faris
patulah tgk x update aje,tapi di FB selalu ada cite baru, ok dah settle

ct N honey berkata...

@maszull
betul tu, kan dah kena saman

ct N honey berkata...

@Man
mcm rotikaya tu letak nama dan gambar sekali mmg lah wan tu marah,pas tu x betul pulak....

norinaomar berkata...

Haah..saya ada baca jugak haritu..then malam tu keluar kat berita yg bukan Wan Shades tuan punya badan..

saya takkan buat entri pasal fitnah2,kena saman mana nak cekau fulus woo,dosa apatah lagi

puanbee berkata...

bahaya nya , tu lah citer2 aibkan org jangan tulis yek .. takut

dilla berkata...

lain kali kalo ada bukti yg sahih baru boleh siar...bahaya fitnah nih

IamJoonet berkata...

rasakan..ingat hebat sangat jadi blogger pertama..puih...lari tak cukup tanah la beb,,,