Khamis, 16 Februari 2012

DJ Radio Meninggal Dunia Kemalangan

Baca di Wall rakan FB tadi, dapat tahu bahawa penyampai radio Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia IKIM, Dj Abdul Razak Arbain telah meninggal dunia dalam satu kemalangan melibatkan perlanggaran dengan sebuah lagi motosikal dalam kemalangan yang berlaku di Taman Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Bukit Jalil, di sini, awal pagi Khamis. Kemalangan tersebut berlaku pada pukul 7.15 pagi sewaktu beliau dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menghantar anaknya ke sekolah, menurut kenyataan IKIM. Jenazah allahyarham telah dibawa ke Hospital Serdang.


Arwah yang merupakan Juruhebah Sambilan di IKIM.fm telah berkhidmat sejak 3 Julai 2006,

Pada tahun 2008 beliau telah menjadi ahli Keluarga tetap IKIM fm dan telah ditugaskan untuk rancangan 'Sembang Pagi' terbitan Mohd Erwan Johari dari pkl 2 hingga 6 pagi setiap hari isnin, selasa dan rabu.

Dilahirkan pada 13 Mac 1966 beliau meninggalkan seorang balu, Rosnani binti Haji Dali dan tiga orang anak, 2 perempuan dan seorang anak lelaki.

Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kg. Bohol, Kinrara, Puchong, selepas solat Zohor.

Salam takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarham DJ Razak dan seluruh warga kerja IKIM.FM. Mari sama-sama kita bacakan doa dan sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarham. Semoga beliau ditempatkan dikalangan hamba-hambaNYA yang soleh dan bertaqwa. Al-Fatihah

6 ulasan:

maszull berkata...

assalamualaikum CT...al-fatihah buat arwah...:)

Tanpa Nama berkata...

al fatihah. Tapi tak berapa kenal, sbb siaran dia pagi sangat.

Huda berkata...

Alfatihah..

infoserius.com berkata...

Al Fatihah buat Arwah.

Jendela Hati berkata...

alfatihah

LiYa_Ex0ra berkata...

Alfatihah

HAK MILIK : http://cthoney.blogspot.com/