Jumaat, 24 Februari 2012

Gambar Hadiah Perkahwinan Lisa Surihani-Gelang Berlian

Peminat seni tanahair umum telah mengetahui pernikahan Yusri dan Lisa Surihani. Dengan sekali lafaz, pelakon popular Lisa Surihani Mohamed (26) bersama pasangannya pengarah filem terkenal, Yusry Abdul Halim (39) sah menjadi pasangan suami isteri dalam sebuah majlis pernikahan yang berlangsung di Hotel Marriot Putrajaya, tepat jam 9:01 malam tadi.


Sejurus selepas selesainya mereka berdua diijabkabulkan, kehadiran David Teo juga merangkap “bos besar” kepada Lisa Surihani telah menarik perhatian ramai rakan media. Selepas dinikahkan, David Teo hadir bersama isterinya dan telah menghadiahkan seutas gelang berlian kepada Lisa Surihani. Yusry turut menerima sekotak kecil hadiah, namun hanya Lisa yang mendedahkan kepada media selepas disuruh David.

Untunglah empunya badan, kepada para peminat semua, mari kita mendoakan yang terbaik untuk mereka berdua ya!



2 ulasan:

::CIK LYNN:: berkata...

huyyoo..besnya kalu dpt bos cmtu...=)

TUDUNGSEMASA COLLECTIONS berkata...

perghh~~
yelah.. lisa kn aset..
haruslah jaga baek2~