Selasa, 21 Februari 2012

Gambar Majlis Pertunangan Misha Omar & Firos Ezzwan Rossly

Jejaka berusia 30 tahun , Firos Ezzwan Rossly yang bertugas sebagai juruterbang sebuah syarikat penerbangan tempatan menamatkan segala spekulasi yang pernah menyelubungi penyanyi Bunga-Bunga Cinta itu apabila mereka telah mengikat tali pertunangan pada 21 Februari 2012.



Majlis pertunangan berlangsung pada jam 1.00 tengahari di rumah keluarga Misha Kampung Guchil Bayam, Kota Baharu, Kelantan.  Misha atau nama sebenarnya Samihah@Aisah Omar, 30menggunakan khidmat Syaiful Baharim untuk persalinan dan hantaran.Sentuhan solekan dan dandanan jurusolek selebriti Chommel menambah kerapian penampilan Misha. Misha yang anggun dalam persalinan kurung klasik biru menerima lima dulang hantaran berbalas lima.

Penyanyi lagu Adam dan Hawa itu rasmi bergelar tunangan kepada Firos selepas disarungkan cincin oleh bakal ibu mentuanya, Asmah Kenin. Hanya rakan dan ahli keluarga terdekat sahaja yang hadir, ini kerana untuk memenuhi permintaan kedua-dua keluarga majlis pertunangan Misha & Firos dilakukan secara tertutup.

Majlis pertunangan Misha Omar

Rombongan meminang dari Firos

Misha menerima sebentuk cincin yang disarungkan oleh bakal ibu mertuanya

Misha & Firos dihari pertunangan mereka
Beliau memilih Firos kerana bakal suaminya itu menepati segala ciri lelaki impiannya selain rapat dengan anak angkatnya, Muhammad Adam Emir. Misha memberitahu, kedua-dua pihak juga bersetuju mengadakan majlis perkahwinan akhir tahun ini.

"Tarikh sebenar belum diputuskan tetapi mungkin selepas Aidilfitri nanti," katanya yang mengenali Firos lima tahun lalu.








Gambar dari gua.com


6 ulasan:

laskar pelangi berkata...

Berseri serinya Misha Omar:)

Niza Romli berkata...

wow biru. jarang org pakai psalinan biru. cantik.

SewLove berkata...

a ah simple je kan baju nye..yg nie lagi bagus bersederhana je...

RazFiRa berkata...

comel MIsha. ayu :)

NUR AMINA berkata...

bagai pinang dibelah 2

Suzie berkata...

cantik suka pelamin simple ni

HAK MILIK : http://cthoney.blogspot.com/