Ahad, 19 Februari 2012

(Gambar) Misha Akan Bertunang & Kawin Tahun Ini

CERITA Misha Omar hendak berkahwin, sudah berkahwin termasuk didakwa berkahwin lari atau menjadi isteri ketiga kepada seorang usahawan automotif pernah menjadi cerita hangat sejak beberapa tahun lalu.
Cerita tentang perkahwinannya hanyut mengikut gelombang masa.

Berita terbaru dari Misha, dia akan bertunang dalam masa terdekat manakala berkahwin sekitar hujung tahun ini.

Gambar bakal tunang Misha,Firos

“Bagaimanapun semuanya bergantung atas perbincangan keluarga kedua-dua belah pihak,” ujar Misha.

Jejaka yang akhirnya berjaya mengajak penyanyi Bunga-Bunga Cinta dan Pulanglah itu bukan lelaki asing dalam dirinya. Cinta mereka pernah kandas-sambung-kandas dan akhirnya dicantum semula sebelum sebulat suara tidak perlu terlalu ego untuk cuba menidakkan jodoh antara mereka.

Jejaka itu, Firos Ezzwan Rossly, 30, seusia dengan si manis Misha. Dibesarkan di Subang Jaya, Selangor, Firos merupakan juruterbang syarikat Penerbangan Malaysia Bhd. (MAS).

Misha & Firos bersama anak angkat Misha
“Dia tawarkan saya sesuatu yang tidak pernah saya fikir. Dia tawarkan saya untuk menjadi pelengkap kepada anak angkat saya, Adam Emir yang akan mencecah usia 7 tahun pada tahun hadapan. Dia mahu memimpin Adam ke sekolah sama seperti kebanyakan kanak-kanak lain yang mempunyai ibu dan bapa. Tawaran itu terlalu mahal untuk saya lepaskan,” ujar Misha.

Bukan sekadar tawaran itu sahaja. Misha mengaku, sejak mengenali Firos lima tahun lalu, dia adalah sahabat, kekasih, bekas kekasih dan kini bakal menjadi tunangan yang terbaik pernah hadir dalam hidupnya.

Komen Firos pula tentang Misha, sejak pertama kali berkenalan dengan Misha, dia yakin bahawa Misha ialah jodohnya dunia akhirat. Kerana itu dia tidak mahu berganjak daripada menjadi pemuja setia wanita itu dan ternyata impian untuk menikahi Misha hampir terlaksana.

Misha & Firos bakal bertunang dan nikah tahun ini
Kini saat sedang menghitung hari menjadi pasangan bertunang dan seterusnya menjalani fasa kehidupan sebagai suami isteri, pasangan tersebut sepakat untuk menjalani realiti berumahtangga secara sederhana.

“Keputusan kami untuk hidup bersama adalah tanpa perjanjian kemewahan dunia, namun ia adalah persefahaman untuk menuju syurga bersama dengan seadanya," kata Misha.

Biar sedang mekar meniti tangga bahagia, kerjaya yang ada tetap berjalan lancar. Setelah sekian lama tidak muncul dengan single, kini Misha akan kembali dengan single baharu berjudul Angin Syurga hasil karya Datuk M. Nasir bersama penulis lirik Budhhi Hikayat.

Selain Angin Syurga, Misha juga merancang untuk mempunyai beberapa single lagi. “Saya juga akan terus dengan genre balada selain cuba mengembalikan irama balada padang pasir seperti lagu duet dengan Andy Flop Poppy, Sembunyi,” katanya yang sedang sibuk dengan penggambaran drama untuk tayangan Aidilfitri nanti, Bonus Hari Raya.

Dalam masa yang sama, Misha kini baru dilantik menjadi duta produk kecantikan Shisheido untuk keluaran White Lucent (Skin Care).

3 ulasan:

Suzie berkata...

lama betul x dengar cerita misha

Huda berkata...

baguslah, cepatlah kawin, semoga jodoh kekal ke akhir hayat.

LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ berkata...

elok la tu...cepat2 la kawen...

HAK MILIK : http://cthoney.blogspot.com/