Isnin, 27 Februari 2012

Gambar Resepsi Lisa Surihani & Yusri KRU Di PICC

Bertemakan konsep ala ‘French Vintage’, yang diinspirasikan daripada Marie Antoinette (Ratu Perancis) oleh KS Entourage, malam tadi telah berlangsung majlis resepsi perkahwinan lisa surihani dan yusry kru bertempat di Pusat Konvensyen Putrajaya (PICC). Majlis itu dihadiri kira-kira 2000 tetamu terdiri daripada ahli keluarga, sanak saudara kedua-dua belah pihak, kenalan artis dan rakan media juga daripada VIP macam Dato’ Mukhriz Mahathir.

Majlis  resepsi Lisa & Yusri di PICC
Lisa & Yusri memakai busana pengantin dari butik Cosry


Lisa kelihatan anggun dengan busana putih rekaan Putra Aziz dari butik Cosry manakala Yusry pula segak dengan baju Melayu warna sedondon yang juga rekaan Putra. Majlis lebih meriah dengan dihoskan oleh Faizal Ismail Hot.fm  dan Vanidah Imran.

 Pelamin yang diinspirasi daripada Ratu Perancis, Marie Antoinette ini disediakan oleh KS Entourage.

Majlis dimulakan dengan perarakan masuk pengantin perempuan, Lisa Surihani dengan iringan lagu ala-ala french dan disudahkan dengan alunan kompang mengiringi pengantin lelaki, Yusry Abd Halim.

Majlis seterusnya disambung dengan acara berbalas pantun mengikut adat Johor dan diketuai oleh Edry Abd Halim bagi pihak lelaki dan rakan baik Lisa Surihani bagi pihak perempuan.
 Ketika hendak duduk di pelamin, Yusry nampak begitu romantik apabila mencium tangan Lisa.


Acara merenjis pengantin Lisa & Yusri
Acara merenjis pulak dimulakan oleh ibubapa Yusry Abd Halim sebelum diikuti oleh abang sulung Lisa Surihani yang jugak menjadi wali untuk akad nikah Lisa Surihani serta ibu Lisa Surihani iaitu Aunty Mira dan kedua adik beradik Yusry iaitu Norman dan Edry. Acara merenjis diakhiri oleh aunty Lisa sendiri.


Lepas selesai majlis merenjis tetamu dihidangkan dengan lagu-lagu dari beberapa artis terkenal macam kumpulan Forteen, Jaclyn Victor, Aizat Amdan dan ramai lagi.

Lisa disolek oleh jurusolek selebriti terkenal, Khir Khalid.
 Kebiasaannya pengantin akan diarak masuk bersama-sama ke dalam dewan, namun tidak bagi pasangan ini. Pengantin perempuan tiba tepat jam 9.05malam diikuti pula pengantin lelaki jam 9.12malam.
Acara makan beradap Lisa & Yusri
Persalinan tradisional Yusry turut direka oleh Putra. Difahamkan songket dari Nor Atikah Songket yang dipakai Yusry pada malam itu berharga kira-kira RM15,000.
 Gaun labuh berwarna ‘champagne’ yang dipakai Lisa direka khas oleh Putra Aziz dari Butik Cosry. Difahamkan gaun yang menggunakan kain lace organza dan batu swaroski ini diilhamkan daripada gaun pengantin diraja, Kate Middleton.
Ibu Yusri menepung tawar pengantin Lisa & Yusri
Majlis merenjis oleh ibu Lisa
Acara memotong kek/pulut kuning majlis resepsi Lisa & Yusri
Majlis resepsi Lisa & Yusri dihoskan oleh Faizal FB & Vanida Imran
Cenderamata untuk tetamu majlis perkahwinan Lisa & Yusri
Cenderamata untuk tetamu di majlis resepsi Lisa & Yusri di PICC

Kredit gambar beautifulnara.com dan MIG online juga Gua.com.my
https://www.facebook.com/ministryofmoment
https://www.facebook.com/MiG.On9
https://www.facebook.com/eszhanstudio
https://www.facebook.com/ksentourage
https://www.facebook.com/prettypeektures

Video Eksklusif Honeymoon Yusry & Lisa dari Rome, Itali.




11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

erra fazira tak datang tengok ke.?

Unknown berkata...

@Tanpa Nama Era fazira htnya sedang robek..hihi

skuterlady.blogspot.my berkata...

cantiknya lisa... macam barbie doll..he3

Irfa berkata...

semoga bahagia hingga akhir hayat amin

Nasuha Suhada berkata...

comeynya lisa

maszull berkata...

assalamualaikum CT...sama cantik sama padankan kacak n cantik kedua2nya...:)

p/s mama nak share gambar pengantin yer...:)

::CIK LYNN:: berkata...

sgt2 cantik...tp ada a few pics snyumn lisa smnis snyumn tme nikah 2...huhu

Jendela Hati berkata...

suka sgt tgk pic pengantin lisa n yusry di sini..cantek..

Tanpa Nama berkata...

omg stereotype like kate n williams weedg jerk...dah ketandusan idea kot..huhu

Tanpa Nama berkata...

Weedg kak erra & abg yusry lg meletop...also design by butik cosry:-)

Tanpa Nama berkata...

Not bad...kalau lisa x pregnant leh detect sapa yg mandul oopsss!