Khamis, 9 Februari 2012

Hari Suami Isteri Mengantikan Hari Valentine

Kerajaan PAS Kelantan bercadang menggantikan hari mengingati kekasih, Hari Valentine yang disambut pada setiap 14 Februari kepada sambutan Hari Suami Isteri sebagai acara tahunan.

Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkata adalah lebih elok jika Hari Valentine, yang dipuja dan diilhamkan pengikut agama Kristian diganti dengan sambutan Hari Suami Isteri untuk melahirkan keluarga bahagia mengikut acuan Islam.


"Pada masa depan, kita bersetuju untuk menukar Hari Valentine kepada sambutan Hari Suami Isteri setiap tahun," katanya selepas merasmikan Hari Suami Isteri dan Pelancaran Buku Panduan Keluarga Mawaddah negeri Kelantan di sini, hari ini.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah negeri, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan negeri, Wan Ubaidah Wan Omar.

Beliau berkata, tujuan kerajaan menjadikan sambutan Hari Suami Isteri sebagai acara tahunan bagi menggalakkan umat Islam menghayati kehidupan keluarga bahagia mengikut acuan Islam sebenar.

“Ini selaras dengan matlamat kerajaan melancarkan kempen menggalakkan remaja melangsungkan perkahwinan melalui program Gerbang Az-ziwaj yang diperkenalkan dua tahun lalu membabitkan 100 pasangan mengadakan perkahwinan secara berkelompok,” katanya.

Melalui program itu, kerajaan negeri menyediakan bantuan RM1,000 bagi setiap pasangan yang kurang mampu untuk membiayai mas kahwin dan majlis perkahwinan yang dilangsungkan. 

Nik Abdul Aziz melahirkan kebimbangan gejala sosial yang berlaku di seluruh negara akibat pergaulan bebas dan perkahwinan tidak sah menyebabkan kadar kelahiran anak luar nikah atau anak zina mencecah lebih 234,000 di seluruh negara dalam tempoh 2006 hingga 2010.

Katanya, lebih membimbangkan lagi apabila kira-kira 81,000 daripada jumlah itu membabitkan orang Melayu atau umat Islam dari seluruh negara.

Bagi tujuan itu, kerajaan negeri melalui Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan negeri mewujudkan Pusat Perlindungan Wanita untuk menempatkan wanita yang menjadi mangsa yang terbabit dengan gejala sosial akibat pergaulan bebas dan penganiayaan suami yang tidak bertanggung jawab.

Sementara itu, Wan Ubaidah berkata, pusat itu di Pengkalan Chepa mula menerima penghuni terdiri daripada ibu tunggal dan wanita mangsa gejala sosial.
Sertai Kuiz 'Dont Go Breaking My Heart' sempena Hari Suami Isteri


6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Aku ada 2 isteri, camna nak rai' mereka serentak?

ima althafunnisa' berkata...

tanpa nama : raikan aje la dua - dua. kan ada banyak cara untuk raikan.

hari tu ada yg nak anjurkan 14 feb sebagai Hari Tutup Aurat Antarabangsa..

Muaz Faris berkata...

wah, ini pakatan punye..

smart gak.. hari suami isteri.. ada la halal kat situ kalo nak wat pe2 kan.

nia marlissa berkata...

bagus lah buat program mcm ni

Suzie berkata...

ok juga tapi hari yang ada ni pun dah tak larat nak sambut

lady scooter berkata...

idea yg menarik...lebih bagus dari meraikan hari valentine tu...

HAK MILIK : http://cthoney.blogspot.com/