Khamis, 16 Februari 2012

Kasut Perkahwinan Ana Raffali Rekaan Neelofa

Berdebar menunggu saat untuk melangkah ke fasa baru dalam hidupnya, penyanyi Ana Raffali atau nama sebenarnya Ana Nur Hidayah Mohd Raffali hanya menunggu 11 hari sahaja lagi sebelum menamatkan zaman bujang. Ana kini sudah sibuk menyediakan persiapan perkahwinan yang bakal dilangsungkan pada 25 Februari ini di Masjid Al-Hidayah Taman Melawati, Kuala Lumpur.

Menurut Ana, persiapan untuk majlis tersebut setakat ini sudah siap hampir 75 peratus, malah hantaran turut disediakan sendiri.


“Ana sendiri akan menggubah hantaran kerana bagi Ana, adalah lebih manis gubahan itu hasil tangan Ana sendiri dan akan meninggalkan memori buat dia,” katanya.

Memilih warna tema perak putih untuk sembilan dulang hantaran yang akan diberikan kepada bakal suaminya, Ana bakal tampil dengan dua persalinan rekaan pereka fesyen terkenal, Ezuwan Ismail dan Safura Azali.


Di samping itu, anak jati kelahiran Kuala Lumpur ini juga bakal menggayakan kasut rekaan Neelofa. Menurut Ana, idea untuk menggunakan khidmat Neelofa sudah lama difikirkan memandangkan mereka sudah lama saling mengenali sebelum ini.

“Ana kenal Neelofa sejak zaman persekolahan lagi memandangkan kakak Neelofa merupakan rakan baik Ana. Jadi, bakat Neelofa dalam mereka bentuk kasut sudah lama Ana tahu dan untuk majlis perkahwinan ini, Ana ingin menggunakan khidmat Neelofa kerana Ana percaya bakat yang ada padanya,” katanya yang memilih baju berwarna kelabu pada majlis tersebut.


Menyentuh mengenai lokasi bulan madu, pelantun lagu Tolong Ingatkan Aku ini masih belum mempunyai apa-apa perancangan untuk perkara tersebut.

“Kami masih belum memikirkan lagi lokasi bulan madu. Tak tahu lagi untuk berbulan madu di dalam ataupun di luar negara,” katanya sambil diakui oleh Naim yang turut berkongsi debaran untuk bergelar suami.

Penyanyi yang berusia 27 tahun ini juga berhasrat untuk mendalami lebih ilmu agama selepas berumah tangga.

“Setiap manusia ada kekurangannya. Bagi Ana sendiri, ilmu yang ada selama ini masih belum cukup untuk Ana melayari kehidupan selepas ini,” katanya.

Update terbaru
Kasut Perkahwinan Ana Raffali rekaan Neelofa
Kasut rekaan Neelofa


2 ulasan:

Ainina Razmi berkata...

laki yg kat atas tu bakal suami dia ke?nape nmpak neelofa yg mcm over ea? ke laki sape tu??

infoserius.com berkata...

Gempak Ah.

HAK MILIK : http://cthoney.blogspot.com/