Rabu, 1 Februari 2012

Kenali Nurul Ekasari-Heroin Filem Chantek

Malam tadi telah berlangsungnya tayangan Pra Tonton Filem Chantek di The Curve. Filem Chantek adalah Keluaran Syarikat Penerbit Empat Semudra Plantation Sdn Bhd dan Pengarahnya ialah Pierre Andre.


Hero dalam Filem Chantek ini tak lain dan tak bukan tentulah Pierre Andre. Manakala Heroinnya pula ialah seorang gadis cantik yang bernama Nurul Ekasari. Filem Chantek bakal ditayangkan di pawagam pada 16 Februari 2012. Barisan pelakon lain terdiri dari Abon, Man Kidal, Maimon Mutalib, Yuhang & Zarina Anjolie.

Nurul Ekasari

Profil Nurul Ekasari
Mari kita berkenalan dengan Nurul Ekasari. Gadis ini berasal dari Jakarta dan dilahirkan pada 13 Disember 1987. Beliau memilih kerjaya sebagai Pelakon,Pengacara dan Model. Nurul Ekasari bermula dalam bidang seni pada tahun 2009 dgn terlibat didalam iklan komersial, model majalah, pengacaraan & berlakon dlm drama tv dan sinetron. Beliau pernah terlibat didalam iklan McDonald,iklan Daihatsu Terios,iklan Toshiba Glacio, model cover Majalah Mall Metropolitan Bekasi, pengacara Dinas Sosial, pelakon didalam filem “Bait Surau” sebagai Ully, pelakon sinetron didalam KTP2 serta banyak lagi.

Pihak penerbit filem Chantek bersama pengarah iaitu Pierre Andre mengadakan open casting selama seminggu di Indonesia bagi mencari watak Chantek iaitu watak pembantu rumah Indonesia didalam filem tersebut. Selepas 700 orang yang menghadiri casting tersebut, akhirnya Nurul Ekasari yang terpilih untuk watak Chantek. Beliau perlu menari serta dikehendaki bercakap gaya suara lelaki ketika menyamar sebagai pembantu rumah lelaki.

Sinopsis Filem Chantek
Ad, seorang bintang filem yang hidupnya mewah dan ceria tetapi menjadi buta setelah dilanggar kereta sejurus terserempak dengan tunangnya yang berlaku curang. Akibat tersangat kecewa, Ad memencilkan dirinya di rumah penginapan.

Pengurus Ad iaitu Sam mengupah Chantek, seorang pembantu rumah perempuan dari Indonesia yang terpaksa menyamar sebagai lelaki untuk menenteramkan Ad yang masih fobia dengan perempuan. Lama-kelamaan kerana kebaikan Ad dan kemesraan mereka berdua, Chantek terpaksa mendedahkan rahsianya. Walaupun marah, Ad sedia memaafkannya kerana kejujuran Chantek membantu memulihkannya dan akhirnya mereka berdua telah jatuh cinta.

Namun hati Chantek berubah setelah terjumpa skrip yang mengisahkan tentang percintaan seorang lelaki dengan pembantu rumahnya, dia terasa diperbodohkan dan dipergunakan oleh Ad sebagai bahan latihan filemnya.Chantek benar-benar terasa dirinya ditipu dan hatinya dipermainkan dan lantas melarikan diri.


Akibatnya, Ad tidak ketentuan arah dan tidak dapat berlakon semula kerana terkenangkan Chantek. Berjayakah Ad bertemu dan memenangi hati Chantek kembali? Saksikan kisah seterusnya dalam filem romantik komedi, Chantek arahan Pierre Andre di pawagam bermula 16 Februari 2012!

Lagu OST filem Chantek ini ialah Begitu Indah hasil nyanyian Kumpulan Padi dari Indonesia.
Tagline filem Chantek ini “Kebahagian adalah kejujuran dan kepercayaan” .

  

1 ulasan:

akuamir berkata...

chantek la sangat la.. :D

follow sini keyh,,