Selasa, 21 Februari 2012

Komen Wan Shades-Tuduhan Rogol Anak Tiri Adalah Palsu

Untuk anda yang tidak membaca Harian Metro semalam, seorang penyanyi R&B telah ditahan polis kerana terlibat dalam kes merogol anak tirinya selama beberapa tahun. Dan sebuah blog hiburan telah membuat spekulasi bahawa penyanyi tersebut ialah Wan Shades. 


Dan hari ini Wan Shades telah mengeluarkan kenyataan di Harian Metro yang dia sangat terkejut apabila membaca tuduhan yang dilemparkan kepadanya. Menurut Wan Shades, tuduhan tersebut tidak berasas kerana dia masih belum berkahwin lagi.

Tuduhan palsu itu menjatuhkan maruah yang kini aktif dalam bidang nyanyian dan lakonan. Kerana fitnah blog itu, ramai pihak menuding jari dan memarahinya hingga menjatuhkan maruah sebagai artis dan memegang jawatan sebagai Naib Yang Dipertua Pertubuhan Silat Seni Gayung Daerah Gombak dan Setiausaha Kawasan Rukun Tetangga Gombak Setia. Saya terkejut selepas melihat dakwaan itu selain mendapati peminat dan orang ramai memberi kata-kata negatif hingga menjatuhkan maruah. Saya akan mengambil tindakan sewajarnya termasuk saman malu terhadap penyebar fitnah.


Untuk makluman, Wan Shades telah pun membuat laporan polis semalam di Balai Polis Ukay Perdana.
Penyanyi Hip Hop Rogol Anak Tiri Adalah Pelakon Drama Atas Nama Cinta


update 27 disember 2012
Bekas Anggota Kumpulan Hip Hop Ruffedge Didakwa Rogol Anak Tiri


4 ulasan:

aNNe bOo berkata...

tak pasal2 kan..... so blogger dan para peng "komen" tu jgn ler suke mmbuat tuduhan x berasas! dn lebih elok xpayah bergosip!

Suzie berkata...

Kesian wan ...berani kerana benar takut kerana salah

beckhrooy berkata...

tak bagus maen tuduh2 ni

Jendela Hati berkata...

bahaya2... kena berhati2 nak keluarkan kenyataan...tak elok tuduh2 kan...

HAK MILIK : http://cthoney.blogspot.com/