Khamis, 16 Februari 2012

Lisa Surihani Mandi Bunga Sebelum Hari Nikah

Tinggal lebih kurang seminggu saja lagi sebelum pasangan selebriti, Lisa Surihani dan Yusry Abdul Halim bakal diijabkabulkan. Berkongsi mengenai majlis perkahwinannya yang bakal berlangsung pada 23 dan 26 Februari ini, Lisa memberitahu akan mengenakan busana pengantin moden dan tradisional rekaan Cosry pada kedua-dua majlisnya nanti. Butik Cosry juga bertanggungjawab menggubah hantaran kedua-dua belah pihak dan difahamkan, Lisa akan menerima 7 dulang dari Yusry manakala pihak lelaki menerima 9 dulang.



“Alhamdulillah, setakat ini semuanya berjalan dengan lancar. Ada beberapa benda yang dah selesai dan ada juga yang belum. Semuanya masih dalam proses. Alhamdulillah, kedua-dua belah keluarga dan kawan-kawan sangat terlibat. Lisa rasa tersentuh dan terharu dengan bantuan ikhlas yang diberi dengan penuh kasih sayang. Ia sangat bermakna buat kami.”

Lisa turut berkongsi akan menerima sebentuk cincin jenama Love Diamond dari Yusry. Tema warna untuk keluarga Lisa ketika akad nikah pula ialah ‘dusty pink’ dan pihak lelaki berwarna biru. Manakala tema warna pada majlis resepsi pula ‘champagne gold’ untuk Lisa dan hijau untuk keluarga Yusry.

Lisa memberitahu, “Sejujurnya rasa debaran itu belum lagi. Mungkin hari nikah itu agaknya baru berdebar. Bagi Lisa, perkataan yang paling sesuai untuk menggambarkan perasaan Lisa sekarang ialah perasaan bersyukur. Rasa itu timbul kerana Yusry.

“Selalunya, bab-bab kahwin ini lelaki tak nak terlibat, tapi Yusry sangat-sangat terlibat. Lisa rasa tersentuh dan sangat-sangat terharu sebab dia melibatkan diri dalam persiapan majlis kami. Dia ambil kisah apa saja yang dirancang. Lisa ingat Lisa yang kena ingatkan dia, tapi dia yang selalu check dan ingatkan Lisa,” ujar Lisa mengakui sedikit tertekan.

“Tipulah tak tertekan, adalah sedikit. Yusry sendiri gelak bila tengok Lisa gelabah. Contohnya seperti bila pihak perancang majlis hantar line drawing dan saya tak dapat gambaran sesuatu perkara, Yusry sendiri akan buatkannya jadi 3D, tambah warna dan sudut yang berlainan agar saya boleh faham.

“Lisa bersyukur sangat sebab cara Yusry terangkan sesuatu perkara pada Lisa buat Lisa selesa. Lisa terharu dia buat semua itu, sweet sangat. Lisa juga tersentuh kerana dalam keadaan Lisa stress macam ini, Yusry ambil usaha untuk tenangkan Lisa,” ujar Lisa yang akan mengadakan majlis berinai dan mandi bunga pada 17 Februari ini serta majlis khatam Al-Quran pada Ahad ini.

"mak nak saya ikut cara persediaan orang dulu-dulu, ikut cara tradisional. Inilah masanya sebab selama ini asyik sibuk dengan kerja, akan ada malam berinai dan khatam al-Quran juga, saya juga akan buat acara mandi bunga. Tapi mandi bunga beramai-ramai ala-ala girls affair dengan sepupu-sepupu serta ibu-ibu saudara yang dah kahwin atau belum kahwin boleh ikut serta. Seronoklah dapat rasa pengalaman begitu, saya sendiri ikut cakap ibu, dia yang nak sangat saya buat semua itu. Lagipun benda-benda begitu akan buat bakal pengantin rasa istimewa, menenangkan dan lebih dekat dengan budaya serta saudara-mara",kata Lisa
“Lisa harap semuanya berjalan dengan lancar. Terima kasih kepada yang menyokong Lisa dan Yusry selama ini dan Lisa harap mereka akan mendoakan yang terbaik untuk kami berdua.”


3 ulasan:

infoserius.com berkata...

Nak kahwin kan.haha

oktant berkata...

Tahniah buat Yusry & Lisa.

Moga semua yg dirancang berjalan lancar & kekal bahagia hingga akhir hayat. Amin.

Rosniena berkata...

yusry banyak dari pengalaman

HAK MILIK : http://cthoney.blogspot.com/