Khamis, 2 Februari 2012

Mengandung Anak Ke-2 Dynas Rimas Dengan Khyra.

Selain sibuk menguruskan butik Dynas Nursing Attire (DNA), rupa-rupanya ibu kepada Khyra Khalyssa ini sedang hamil lima bulan. Kemunculan Dynas di karpet biru AJL 26 baru-baru ini ternyata mencuri tumpuan lensa kamera media dan juga para peminat setianya.

“Saya tak rasa nak hebahkan kehamilan kali ini. Jika tahu, tahulah. Malah jika orang tanya, saya tak keberatan untuk menjawab.
Gambar terbaru Dynas mengandung anak ke-2


Berkongsi mengenai kandungannya itu, Dynas memberitahu, “InsyaAllah, kandungan kali ini anak lelaki. Pengalaman hamil anak kedua ini lebih banyak muntah-muntah, sebab itu saya tak ambil sebarang tawaran lakonan. Cuma bezanya kali ini, selera makan saya kurang dan tak mengidam macam saya hamilkan Khyra dulu.

“Saya juga jarang rapat dengan Khyra sekarang. Saya rimas dengan Khyra. Kesian kat dia, tapi bila dia merengek, saya pujuk juga. Bagi saya, Khyra sangat memahami. Dia tahu dan faham saya mengandung. Malah, dia juga seronok dan selalu pegang perut saya,” jelas Dynas sambil berkongsi mengenai butiknya.

Dynas bakal mendapat anak lelaki untuk kandungan ke-2nya
Butik DNA sekarang bukan saja terhad dengan pakaian untuk ibu yang menyusukan anak sahaja, tapi kali ini kami ada menghasilkan koleksi baju untuk bapa dan anak juga. Selain itu, kami juga menyediakan pakaian untuk ibu mengandung".

3 ulasan:

Izan Ishak berkata...

dah hamil yg kedua rupanya dynas... moga sihat2 ibu n bby...

bsyok berkata...

http://bsyokonline.blogspot.com/ terdapat Cannel online ASTRO ARENA ,ASTRO CERIA, ASTRO OASIS ,ASTRO PRIMA ,ASTRO RIA ,AXN ,DOCUMENTARY TV ,E-KOREA ,FOX MOVIE, HBO ,MALAYSIA YOUTH Tv .NTV 7, RTM TV 1 ,RTM TV2 ,TV 3 ,TV 8, TV 9.

kartikel.com berkata...

fesyen apa lengan baju dia mcm tu,.,

HAK MILIK : http://cthoney.blogspot.com/