Rabu, 22 Februari 2012

PROTON P3-21A -Kereta Berinternet 4G Pertama Di Malaysia.

Proton Holdings dan Yes, penyedia rangkaian 4G di bawah YTL Communications Sdn. Bhd., hari ini mengumumkan kerjasama untuk menawarkan akses internet 4G dalam kereta yang pertama di Malaysia dalam kereta-kereta mewah dan sedan baharu P3-21A Proton yang akan dilancarkan bulan depan.

Dalam kerjasama itu, para pengguna Proton akan menikmati saling hubung 4G sebagai ciri standard tambah nilai yang baharu. Ia akan memanfaatkan rangkaian internet mudah alih 4G Yes yang pada masa ini meliputi lebih 65 peratus daripada kawasan berpenduduk negara.

Pengarah Urusan Kumpulan Proton, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata, inovasi ini, usaha pertama dalam langkah penjenamaan semula Proton, membuka kemungkinan spektrum baharu dan menawarkan para pengguna dengan kelajuan, keselesaan dan produktiviti yang lebih hebat ketika berada di jalan raya.

"Kami telah bekerjasama dengan YTL selama setahun dan menandatangani perjanjian tahun lepas. Hari ini, ia cuma satu langkah kecil. Selepas ini, kami akan bekerjasama untuk mengintegrasikan lebih banyak ciri untuk diletakkan di dalam kereta,” kata beliau kepada pemberita selepas pelancaran majlis itu.




2 ulasan:

misskonspirasi berkata...

wah canggih tullah..kalaulah misskonspirasi mampu memiliki keta ni kan bagus hek hek

✿ Milk Choco ✿ berkata...

Alah...kt Malaysia ni teknologi internet masih lemah la...rugi je beli...hehehe..pape pun good job..