Isnin, 6 Februari 2012

Sinopsis Drama Atas Nama Cinta DiTV3

Bertuah sungguh pelakon drama terbaru TV3 yang bakal disiarkan di slot Akasia akan datang yang bertajuk Atas Nama Cinta. Mereka telah diterbangkan ke Perth, Australia selama dua minggu bersama tema produksi Zeel Productions Sdn Bhd untuk menjayakan penggambaran drama bersiri, Atas Nama Cinta. Untuk episod 1-6 telah diarahkan oleh Shaffi Khan manakala episod (7-24) akan diarahkan oleh Raja Ahmad Alauddin.



Sertai Kuiz 'Dont Go Breaking My Heart'

Sinopsis Drama Atas Nama Cinta


Drama Atas Nama Cinta mengisahkan Ahmad (Roy Azman) bersama anaknya, Saiful (Shah Iskandar)pulang ke kampung halaman hingga menimbulkan tanda tanya kepada penduduk kampung kerana sebelum ini dia menetap di Kuala Lumpur.

Sebenarnya, Ahmad mempunyai alasan tersendiri iaitu ingin melarikan diri dari along yang memburunya selepas gagal membayar hutang dan satu-satunya tempat selamat untuk bersembunyi ialah kampungnya.
Dikampung, Saiful berkawan baik dengan Cinta(Fiza Halim) . Dia selalu menyelamatkan Cinta daripada menjadi mangsa buli. Sejak itu, Saiful sering menyelamatkan Cinta daripada orang-orang yang cuba membulinya. Dari situlah mereka menjadi rapat dan cinta mula berputik.

Bagaimanapun, bagaikan tidak serik, Ahmad bertindak di luar batasan membuat onar apabila mencuri wang simpanan milik ibu Cinta iaitu Zahara.

Ahmad kemudian melarikan diri ke Kuala Lumpur dan menggunakan wang terbabit bukan untuk membayar hutang sebaliknya berjudi. Nasib tidak menyebelahinya, dia bukan saja kalah malah kini turut diburu Zahara yang bertindak menjejakinya.

Akibat insiden itu, pelbagai konflik tercetus antara Saiful dan Cinta.

Saiful merantau ke Kuala Lumpur untuk mencari ayahnya yang menghilangkan diri setelah mencuri semua wang simpanan Zahara, ibu kepada Cinta. Saiful terpaksa membawa bersama Cinta yang  mahu mengikutnya mencari Zahara pula.

Di sana, Saiful menjadi panik apabila Cinta jatuh sakit. Mujurlah mereka dibantu Sulaiman dan Cinta dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Sulaiman yang sedang mencari anak angkat menggantikan Ghazali berkenan dengan Saiful. Begitu juga isteri Sulaiman, Rima yang mennganggap Saiful sebagai Ghazali.

Cinta bertemu kembali dengan ibunya yang hilang upaya kerana diragut. Dalam usaha untuk mendapatkan hak penjagaan Saiful, Sulaiman menawarkan sejumlah duit kepada Ahmad. Ahmad setuju dengan syarat tertentu. Saiful diberitahu Sulaiman mengenai berita kematian Cinta. Cinta pula telah ditipu kononnya Ghaz telah meninggal dunia kerana kemalangan. Dengan hati berat, Saiful mengikut Sulaiman, Rima dan adik angkatnya, Balqis ke Australia untuk memulakan kehidupan baru.

Selepas 15 tahun berlalu, Saiful yang dikenali sebagai Ghazali berjaya sebagai pensyarah muzik dan pemain biola terkenal antarabangsa. Cinta pula menjadi penuntut Jurusan Diploma Seni Halus menetap bersama ibu saudaranya, Mastura selepas Zahara meninggal dunia. Cinta berpeluang menyertai sebuah kursus dan pameran seni halus di Perth selama dua minggu lalu bertemu lelaki yang pernah menyelamatkannya dahulu, Tengku Farish. Tengku Farish terpikat dengan Cinta dan sering membawa Cinta bersiar disekitar bandar Perth. Sehinggalah satu malam Tengku Farish membawa Cinta untuk menonton persembahan Ghazali.

Tengku Farish memperkenalkan Cinta kepada Ghazali yang juga merupakan rakan karibnya. Bermula dari situ rakan karib Tengku Farish dan Cinta merasakan sesuatu bahawa mereka pernah mengenali antara satu sama lain.

Apakah Ghazali akan mengetahui perkara sebenarnya nanti? Ghazali yang masih rindu dan sayang kepada Cinta terpaksa menyimpan perasaannya kerana tidak sanggup mengkhianati kawan baiknya, Tengku Farish yang turut menyukai Cinta. Apakah kesudahan drama ini? Mampukah mereka mengecap cinta yang diimpikan selama ini?

Jangan lupa ikuti kisah seterusnya dengan kemunculan watak-watak lain termasuklah Tengku Farish dan Blaqis (Tasha Shilla)

Drama Atas Nama Cinta membariskan pelakon terhebat iaitu Tasha(Balqis),Shah Iskandar Mahfuz(Saiful/Ghaz), Fiza Halim(Cinta), Shahz Jaszle(Tengku Farish), Wan Shade(Sulaiman), dan Roy Azman(Ahmad)

Untuk maklumat tarikh siarannya masih belum diketahui lagi. Mungkin bakal mengantikan Gemersik Kalbu. Apapun info akan di update nanti.

Update terbaru bakal bersiaran pada 13 Februari 2012 di slot Akasia. Atas Nama Cinta yang turut menggunakan lagu berhantu penyanyi seberang, Rossa iaitu Atas Nama Cinta, kisah ini dijangkakan mampu menarik ramai pengikut seperti drama-drama sebelum ini.

Limited Edition Thumbdrives to store your Best Moments!






8 ulasan:

Spudin berkata...

best ke cter ni ?

kakyong berkata...

Zeel Production bukan Feel Production ;)

Anastasyea Aida berkata...

Nak tengok jugak lah nanti .. =)

www.anastasyea.com

ct N honey berkata...

@kakyongperihatinnya kak yong.tq

Tanpa Nama berkata...

ceritanya tiru cerita korea 'spring waltz'

Tanpa Nama berkata...

tul....citer ni tiru spring waltz korea....memula xpasan...semalam baru pasan..

me_ fara berkata...

yup.remake spring waltz
lagu atas nama cinta nyanyian aidil best
http://admya.blogspot.com/2012/02/drama-atas-nama-cinta.html

maszull berkata...

assalamualaikum CT...seronok juga jln cite ni...:)

HAK MILIK : http://cthoney.blogspot.com/