Jumaat, 10 Februari 2012

Sinopsis Ijam Non Yangkee-Cerekarama TV3

Setiap hari sabtu pasti ramai yang menonton Cerekarama di TV3. Untuk minggu ini pula 11 Februari 2012 satu lagi Cerekarama yang berjudul Ijam Non Yankee bakal bersiaran. Telefilem ini adalah arahan pengarah terkenal Heykal Hanafiah. 


Drama Ijam Non Yankee berkonsepkan komedi. Sinopsis ringkasnya ialah mengenai kasanova zaman dahulu yang ditakdirkan mempunyai anak lelaki yang tidak mengikut caranya.

Drama Ijam Non Yangkee ini membariskan nama-nama popular masa kini antaranya Chekem Mirza  sebagai Non Yangkee, Awal Ashaari yang pegang watak Ijam, Lydiawati sebagai Midah, manakala Faezah Elai sebagai Imah dan neelofa sebagai Lin. Lin dan Imah muncul sebagai dua gadis yang punya hubungan istimewa dengan Ijam. Beberapa konflik menarik, pasti anda akan ketawa tak kering gusi.Harapnya.......

Jangan lupa menonton Cerekaram Ijam Non Yangkee di TV3, Sabtu, 10.00 malam.




2 ulasan:

Unknown berkata...

macam bes je..

Tanpa Nama berkata...

nanti blh download kt ghostertv.tk
hehehe