Rabu, 29 Februari 2012

Video Budak Kena Dera Di Taska Taman Kota Masai


Bayi yang ditampal pita pelekat di taska Taman Kota Masai
Marah kepada majikan, dua pengasuh sebuah pusat asuhan di Taman Kota Masai, dekat sini, bertindak kejam menampal pita pelekat pada mulut bayi jagaan mereka manakala tubuh pula dililit ketat dengan kain bedung.


Tidak cukup dengan itu, dua pengasuh terbabit turut membuat rakaman video gambar tujuh bayi di bawah jagaan mereka itu sebelum rakaman berkenaan diedarkan kepada umum.

Berikutan perbuatan khianat dua wanita berusia 20 dan 22 tahun itu, pemilik pusat asuhan berkenaan, Shaherah Abd Malik berdepan pelbagai masalah untuk menjelaskan apa sebenarnya berlaku kepada pelbagai pihak yang memandang serong terhadapnya.
Bayi yang dililit ketat dengan kain bedung di Taska Taman Kota Masai
“Ini perbuatan khianat. Hakikatnya, saya dan pengasuh lain tidak pernah mengabaikan kebajikan bayi serta kanak-kanak yang dihantar ke pusat asuhan kami. Dua bekas pekerja saya itu sengaja berbuat demikian bagi merosakkan nama baik dan perniagaan saya,” katanya.

KESAL...Shaherah menunjukkan laporan polis yang dibuatnya sambil Norhashimah (kiri) menunjukkan gambar anaknya, Ahmad Afiq yang ditampal pita pelekat.




6 ulasan:

nurpiska berkata...

ya allah dengan budak budak pon nak buat kejam.

Mizs Lucy berkata...

assalamualaikum,
kecian nya..
teruk la...=(

FD berkata...

kesian bebudk tu

FD berkata...

mohon share..

Tanpa Nama berkata...

Yang tak faham, pengasuh lain tak nampak ke masa buat tu. Lepas tu biarkan je

Tanpa Nama berkata...

Trgamak bt bdk2 mcm 2... Klu aku dpt pmpuan yg bt ni,truk aku kejakn...

HAK MILIK : http://cthoney.blogspot.com/