Khamis, 15 Mac 2012

9 Gambar Gaun Pengantin Scha Al-Yahya Dari Syaiful Baharim

Scha & Awal bakal berkahwin tahun ini
Scha Al-Yahya tampil mempersona dalam sembilan gambar gaun pengantin ciptaan Syaiful Baharim yang diperbuat dari fabrik lace Perancis, taffeta dan bulu-buluan mewah bersama signature ribbon ciptaan eksklusif bagi mewarnai koleksi perkahwinan Syaiful Brides 2012.

Pengarah Urusan Baharim & Co Sdn Bhd, Megat Alfie berkata, pemilihan Scha Al-Yahya bertepatan sekali dengan mood perkahwinan kerana di kala ini Scha sedang menghitung hari menanti tibanya hari bahagia tidak lama lagi.

Kehadiran Scha Al-Yahya sesuai dengan transisi kehidupannya yang bakal melangkah ke alam perkahwinan dan juga Syaiful Baharim yang baru saja memulakan bab baru dalam dunia rekaan fesyen adi busana tempatan. Maklumat lanjut sila ke  baharimco

Walaupun bukan gaun pengantin yang sebenar, dah nampak seri kecantikan Scha yang bakal menjadi raja sehari bersama pasangannya Awal Ashaari.





3 ulasan:

Rapunzel Cikilolo berkata...

cute :)

Sam Banjamin berkata...

lawa.. scha ni.. lagi lawa dan berseri dengan busana pengantin tu...

#######

http://thetimelines2u.blogspot.com/2012/03/cerita-zaman-kecil-memburu-bersama-abah.html

jom singgah blog founder gerila penulisan kreatif ni... komen2 la kalau sudi... pun kalau sudi.. tak paksa..

kak mah berkata...

Memang cantik gaun dan tuan punya badan...kreatif pereka bajunya.

HAK MILIK : http://cthoney.blogspot.com/