Rabu, 14 Mac 2012

Aaron Aziz & Isteri (Diyana) Kena Serang Di Sarawak

Tiba-tiba, jeritan bergema memecah, sekali gus mengejutkan tetamu yang berada di ruang legar itu sebaik mereka terlihat kelibat Aaron Aziz. Mereka yang mulanya berada dalam satu kumpulan, bagaimanapun seorang demi seorang mengorak langkah berani untuk mendekati seterusnya bergambar dengan bintang Nora Elana dan Ombak Rindu itu.




Ditemani isteri, Diyana Halik, 30, Aaron menyambut baik permintaan peminatnya dan Diyana sendiri tidak terlepas tempias populariti suaminya sehingga turut dikerumuni peminat Aaron yang mahu bergambar.

Sewaktu berlangsung Sesi Peminat Bertemu Finalis ABPBH 2011, kehadiran Aaron begitu dinanti. Sebaik menyedari kehadiran Aaron, peminat berteriak sehingga berlaku tolak-menolak. Keadaan sukar dikawal kerana ketiadaan pengawal keselamatan.

Hal ini diajukan kepada Bill Bora yang menguruskan persiapan acara berkenaan. Bagaimanapun, dia sendiri mengakui menolak menggunakan pengawal keselamatan walaupun wakil pusat beli-belah itu ada bertanyakan keperluan itu kepadanya.

“Saya pun tidak sangka kehadiran begitu ramai peminat pada hari ini. Lagipun, tanpa pengawal keselamatan menjadikan keadaan bertambah ‘havoc’,” katanya.

Aaron Aziz sememangnya disebut-sebut bakal menjulang trofi Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH2011) yang bakal berlangsung di Arena of Stars, Genting Highlands, pada 8 April nanti.

Meskipun ini bukanlah tahun pertama Aaron dicalonkan dan pembabitannya sejak 2008 menerusi acara berprestij itu, namun gelombang ‘tsunami’ Aaron kian melanda.

Malah, kegilaan peminat secara tidak sedar merangsang Bill Bora untuk melancarkan kempen menggalakkan peminat mengundi Aaron atau erti kata lain menjadikan pelakon itu fokus utama sehingga ‘terlupa’ kehadiran finalis.

Bagaimanapun, selepas disedarkan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Penganjur APBBH 2011, Akmal Abdullah, barulah Bill kembali ‘berlaku adil’ dan menggunakan kesempatan untuk mempromosikan Fizz Fairuz, Fauzi Nawawi, Hazama, Tasha Shila dan Fathia.

Sebelum artis menaiki pentas, acara berkenaan dimulakan dengan persembahan tarian selamat datang oleh enam pelajar Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) menampilkan tarian tiga suku kaum utama di Sarawak, iaitu Iban, Orang Ulu dan Bidayuh.

Turut hadir pada acara itu, Ketua Biro Berita Harian Sarawak, Misiah Taib; Pemilik Lord’s Tailor, Robert Loh dan isteri, Loh Lili dan Pengarah Urusan Lord’s Tailor, Kenny Loh.



1 ulasan:

Kak Mahh berkata...

OOooo peminat serbu rupanya...ermm