Isnin, 12 Mac 2012

Awas! Air Zam Zam Palsu Di Pasaran

Sejauh manakah ketulenan air zamzam yang dijual di negara kita? Adakah ia asli seperti mana air itu diperoleh dari telaga asalnya di Tanah Suci Makkah ataupun hanya air biasa yang dibotolkan dan dilabelkan sebagai air zamzam.

Mungkin kerana air ini mempunyai permintaan tinggi, kita tidak pernah terfikir lambakan jenama air zamzam yang bebas dijual pasar raya atau kedai runcit, kedai jual ubat tradisional dan kitab agama itu, sebenarnya tidak tulen.

Lantaran itu, Kerajaan Arab Saudi baru-baru ini melarang keras penjualan air zamzam secara meluas di pasaran dunia berikutan terdapat laporan penipuan melibatkan penjualan air berkenaan di beberapa negara Islam.



3 ulasan:

kataku berkata...

memang dah dalam perkara ni bermain difikiran sebab kita macam takder pengesahan dari mana-mana jabatan yang mengesahkan air zam-zam yang dijual tu tulen ke,,

teratai berkata...

Kak hanya beli air zam zam dari pegawai tabung haji n memang kenal rapat dgn pegawai th ini.

Cik Ecah berkata...

huhu kalo nal beli baik beli yg dr mekah kan...

HAK MILIK : http://cthoney.blogspot.com/