Sabtu, 3 Mac 2012

DJ Hot FM Syarifah Aleya Bercerai

Penyampai radio popular Hot FM, Sharifah Aleya Syed Zainal Rashid, 29, atau Leya sah bercerai talak satu dengan suaminya, Muhammad Ashraf Aasimudin, 32, dalam satu proses tertutup pada pukul 10 pagi 29 Februari lalu di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari, Shah Alam, Selangor.

Untuk makluman bersama, Leya dan Muhammad bernikah pada 8 Disember 2007 dan telah dikurniakan sepasang anak perempuan kembar, Aza Ameena dan Asha Ameena, yang masing-masing berusia dua tahun setengah.
Syarifah Aleya & Muhammad Ashraf Aasimudin bersama anak kembar perempuan mereka 


Hal ini disahkan sendiri oleh Leya yang mengatakan walaupun sudah bercerai, mereka tetap akan berhubungan sebagai kawan baik.

“Ya, kami sudah bercerai talak satu pada 29 Februari lalu. Saya tidak boleh mengulas lanjut tentang perceraian kami. Doakan yang baik-baik sahaja,” katanya sebagai berkata kepada media. 

Aza Ameena dan Asha Ameena anak kembar Syarifah Aleya & Muhammad Ashraf Aasimudin   

4 ulasan:

Tourism berkata...

nice info, keep posting bro
http://www.centplay.com/affiliate/id_1198/

Huda berkata...

ha? cerai??? bukan diaorang baik2 je ke?

Rapunzel Cikilolo berkata...

serius tak sangke... :(

sinip berkata...

Ia sering berlaku dalam perniagaan persembahan.

HAK MILIK : http://cthoney.blogspot.com/