Isnin, 5 Mac 2012

Ella Hadiri Kursus Kawin-Bakal Nikah Dengan Jejaka 'A'

Untuk pengetahuan semua penyanyi Ella telah pun menghadiri kursus kahwin pada hujung minggu lalu. Jika telah pun menghadiri kursus perkahwinan, pastinya majlis pernikahan bakal berlangsung dalam tahun ini juga.  Siapakah yang berjaya menambat hati Ella? Namun Ella masih belum bersedia mendedahkan siapakah lelaki yang menjadi pilihan hatinya.

Ella & Jejaka A,bakal nikah tahun ini



Khabarnya lelaki yang dimaksudkan namanya bermula dengan huruf A. Seorang yang berkerjaya dan agak tinggi lampai dan kacak orangnya. Pasangan tersebut pernah bercinta satu ketika dahulu, namun putus di tengah jalan. Masing-masing membawa haluan sendiri dan takdir menentukan mereka bertemu kembali dan menjalinkan hubungan cinta semula.

Keluarga masing-masing telah pun bertemu, namun ia bukanlah majlis pertunangan.Mesti lelaki tersebut cukup sepadan dengan Ella dan dengarnya mereka serius dengan perhubungan cinta tersebut. Nampaknya seorang lagi artis akan menjadi Pengantin Baru.

Apa-apapun tahniah kepada Ella dan "A"



3 ulasan:

Huda berkata...

Baguslah kalau macam tu, cepat2lah kawin, hehe

LiErOSe~QiEmi berkata...

comel ela dalam gambar ni

Rapunzel Cikilolo berkata...

aah. ella sangat comel :)

HAK MILIK : http://cthoney.blogspot.com/