Selasa, 13 Mac 2012

Gambar Tempat Dirang Dibakar & Suspek Akan Didakwa Secepat Mungkin

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff, berkata polis sedang berusaha menyiapkan kertas siasatan kes bunuh dan bakar kanak-kanak malang Nurul Nadhirah Abdullah, 5, secepat mungkin bagi membolehkan suspek kes itu dihadapkan ke mahkamah dengan segera. 


Beliau berkata, polis sedang menunggu beberapa lagi laporan daripada Jabatan Kimia untuk menyiapkan kertas siasatan itu sebelum dikemukakan kepada pihak Pendakwa Raya untuk tindakan. 


"Saya sudah mengarahkan timbalan saya, Datuk Ismail Yatim yang mempengerusikan pasukan khas bagi menyiasat kes ini untuk siapkan kertas siasatan secepat mungkin," katanya kepada pemberita ketika mengunjungi keluarga Nurul Nadhirah atau lebih dikenali sebagai Dirang di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam Pasir Gudang di sini, hari ini.


Sambil menyifatkan individu yang terbabit dalam kes bunuh dan bakar kanak-kanak itu sebagai penjenayah kejam, berhati binatang dan tidak berperikemanusiaan menyeksa insan kerdil yang tidak berdosa, beliau menegaskan suspek yang terbabit akan dihadapkan ke muka pengadilan secepat mungkin. 

 Nurul Nadhirah @ Dirang dibakar di kawasan projek terbengkalai berhampiran Jalan Damai, Nusa Damai, Masai.
“Tiga daripada empat suspek termasuk seorang wanita berumur 30 hingga 40 tahun itu didapati positif dadah jenis metamphetamine dan ice manakala dua daripada suspek mempunyai rekod jenayah lampau bagi kesalahan dadah dan curi,” katanya.

1 ulasan:

Jendela Hati berkata...

mana2 suspek yg didapati bersalah cpt2 lah dibw kemuka pengadilan...takziah buat keluarga dirang...

HAK MILIK : http://cthoney.blogspot.com/