Ahad, 11 Mac 2012

Kad Kawin Fasha Sandha Bakal Menyusul-Majlis Nikah Di Ampang,Resepsi Di Bali

Pelakon popular, Nur Fasha Sandha Hassan mengesahkan majlis pernikahannya akan berlangsung hujung April ini, bersama pasangannya Toh Muda Rizal Ashram Ramli atau Jejai yang juga anak kepada bekas Menteri Besar Perak, Tan Sri Ramli Ngah Talib di kediamannya di Ampang. Fasha memilih untuk mengadakan majlis secara sederhana di rumah sebagai tanda simbolik kerana kediaman tersebut merupakan pemberian daripada bakal suaminya.


Sebelum ini, banyak berita yang melaporkan pasangan itu bakal melangsungkan pernikahan di Bali, Indonesia pada 29 April ini iaitu sehari selepas pelakon itu menyambut hari jadi ke-28.

Namun Fasha Sandha masih belum mengesahan tarikh perkahwinan. Dia belum bersedia berkongsi tarikh sebenar demi menghormati permintaan keluarga dan bakal suami.

“Yang boleh saya katakan, tarikh itu hampir tepat dan saya akan beritahu tarikh sebenar apabila kad jemputan diedar awal bulan depan. Bukan niat saya mahu merahsiakan perkara ini, tetapi ia atas permintaan keluarga dan Jejai.

“Majlis akad nikah akan diadakan di kediaman baru saya di Ampang, Kuala Lumpur yang dibeli Jejai. Majlis resepsi pula di Perlis kerana ramai keluarga saya di sana dan satu lagi resepsi di luar negara yang belum boleh saya maklumkan. Saya dan Jejai sepakat untuk mengadakan majlis yang sederhana tetapi akan dikenang selama-lamanya. Tiada istilah ‘wedding of the year’ kerana bagi kami, sederhana itu lebih indah. Resepsi di luar negara dibuat khas untuk kenalan rapat Jejai dan dia minta hadkan jemputan. Atas sebab itu, hanya teman media rapat akan diundang.

“Mengikut perancangan, majlis akad nikah kami dihadiri 200 jemputan, manakala resepsi di Perlis pula kira-kira 1,000 jemputan, dan resepsi di sebelah pihak Jejai 200 jemputan,” katanya menjelaskan majlis di Perlis bertemakan tradisional.

Mengenai tajaan, Fasha menegaskan, biarpun ramai ingin menaja hari bahagianya, termasuk pihak hotel dan pereka fesyen, Jejai menolak kerana tidak mahu terhutang budi.

Malah, kata Fasha, empat busana yang akan disarungnya di majlis akad nikah serta resepsi, dibeli daripada pereka fesyen terkenal tempatan.

Akui bintang jelita ini, dia bersetuju menjadi suri hidup Jejai selepas dilamar buat kali kedua pada awal Januari lalu.

Seperti ramai sedia maklum, Fasha menghadiri kursus perkahwinan pada 3 dan 4 Mac lalu. Walaupun sibuk dengan komitmen penggambaran, dia tetap curi masa untuk melakukan persiapan.

Jika kebanyakan artis terkenal memilih untuk berbulan madu di luar negara, Fasha pula sebaliknya apabila memilih Pulau Redang sebagai destinasi menikmati detik manis itu bersama Jejai.

Mengenai anak pula, tanpa berselindung Fasha mengakui setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga pasti mengidamkan kehadiran cahayamata dan jika cepat, lebih bagus kerana pada usianya sesuai benar untuk menggalas tanggungjawab sebagai ibu.
Terkini! Fasha Sandha & Jejai Berkahwin Di Bali Pada 29 April 2012.
Pernikahan Fasha Sandha-Hanya Media Terpilih Sahaja Yang Hadir

2 ulasan:

Unknown berkata...

alhamdulillah...elok le diaorang ni menikah kan...dah muak dengar cerita mereka ni, dari terus dengan noda biar ada ikatan yang sah....awak tu ikon....

The Fakhirin berkata...

harap2 tiada pihak yg frust..hehe