Isnin, 5 Mac 2012

Kerjaya Sebagai Kedi Mampu Dapat Gaji Lumayan

Pendapatan lumayan mencecah RM5,000 sebulan antara faktor kerjaya sebagai kedi atau pembantu pemain golf kini semakin mendapat tempat di kalangan belia.

Malah, bidang itu tidak lagi dipandang rendah sebaliknya mendapat pengiktirafan apabila pelbagai akademi bidang golf ditubuh antaranya Akademi Kemahiran Belia Golf di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di Kemasik di sini.


Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, berkata berdasarkan pengalamannya sewaktu berusia belasan tahun, masyarakat setempat di kampungnya tidak begitu gemar andai anak mereka bekerja sebagai kedi secara sambilan.

“Kini saya difahamkan pelajar lepasan Akademi Golf IKBN mampu memperoleh pendapatan antara RM4,000 hingga RM5,000 sebulan.

“Walaupun gaji asas mereka sebenarnya hanya RM1,300 hingga RM1,500, tetapi tip yang diperoleh daripada pemain golf antarabangsa menjadikan ia cukup lumayan untuk mereka,” katanya kepada media selepas merasmikan Program Gerbang Kerjaya di IKBN Kemasik di sini, semalam.




2 ulasan:

Unknown berkata...

bestne,,,jom jadi kedi...

ader45 berkata...

biar betul sampai 5000 :-) kene hgihlight kerje ni

Artikel terbaru saya: Dapatkan maklumat berkenaan Jawatan Kosong Kerajaan Terkini disini.