Khamis, 15 Mac 2012

(Gambar) Lagi Berita Kanak-Kanak Lemas-Ditemui Terapung di Tasik Titiwangsa

Mayat seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun, yang dipercayai lemas, ditemui terapung di Tasik Titiwangsa di sini, awal pagi tadi.
Kanak-kanak 2 tahun lemas di Tasik Titiwangsa  (facebook.com/BombaMalaysia) 
Mayat kanak-kanak itu dijumpai oleh orang awam kira-kira jam 7.30 pagi selepas dilaporkan hilang ketika bermain di taman permainan berdekatan lokasi kejadian semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, mayat dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk dibedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

Video Kanak-kanak 2 Tahun Mati Lemas Di Tasik Titiwangsa

Sebelum ini satu kejadian lemas melibatkan kanak-kanak juga telah berlaku di Kota Bharu.

Seorang bayi berusia 15 bulan yang baru belajar berjalan, mati lemas di Sungai Kuala Besar, berhampiran rumah keluarganya Kampung Pantai Mek Mas, di sini, selepas keluar dari rumah seorang diri tanpa disedari ibunya yang sibuk membasuh pakaian, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira 1 tengah hari itu, Nik Mohamad Iqbal Hazim Nik Roslan yang baru boleh berjalan sejak dua bulan lalu, dikatakan keluar melalui pintu depan rumah sebelum mayatnya ditemui terapung di sungai yang terletak kira-kira lima meter dari rumah.

Ibunya, Lini Abdullah, 27, berkata ketika kejadian, dia membasuh pakaian di bilik air, anak kedua, Nik Mohamad Ikram Amir, 9, turut berada di dalam rumah manakala anak sulung, Nik Nadia Izzati, 10, bermain di luar.

“Apabila selesai membasuh, baru saya sedar kehilangan Iqbal dan segera mencarinya di sekitar kawasan rumah hingga ke rumah sepupu, tetapi gagal menemuinya.
 Nik Mohamad Iqbal Hazim Nik Roslan 


4 ulasan:

azu berkata...

azu xboleh tengok gambar budak tu terapung2 kt tasik..sebak..takut tgk anak sendiri lemas cmtu..nauzubillah~

Jendela Hati berkata...

mmg sedih tgk pic pertama tu... apa2 pun takziah buat keluarga mereka...

shoutvoc berkata...

harap2 ibubapa yang lain lebih peka dengan anak masing2..bukan apa sekarang ni macam2 boleh jadi..sedih sgt

Sam Banjamin berkata...

makin banyak kejadian melibat kan mangsanya kanak-kanak... media... kerajaan... NGO.. semua pihak.. mari seru kempen kesedaran agar masyarakat lebih concern atas keselamatan mereka ni...

http://thetimelines2u.blogspot.com/2012/03/cerita-zaman-kecil-memburu-bersama-abah.html

jemput2 lah berkunjung...

HAK MILIK : http://cthoney.blogspot.com/