Khamis, 29 Mac 2012

Lagu Bawaku Pergi Bakal Diharamkan?-Datuk Seri Dr Rais Yatim

Jawatankuasa penilai harus terlebih dahulu menilai sesuatu lagu itu sebelum ianya diputuskan untuk diharamkan atau pun tidak, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Penilaian yang dibuat terhadap sesuatu lagu itu termasuk meneliti setiap patah perkataan dalam liriknya serta lenggok alunannya.

"Kita tidak boleh mempunyai pendirian prasangka apabila setiap kali sesuatu lagu itu dikatakan tidak selari dengan pendirian satu-satu golongan atau pun mungkin dikatakan ianya mencuit pihak-pihak tertentu," katanya kepada pemberita pada majlis Tautan Kasih Sekalung Budi bagi meraikan persaraan Pegawai Penerangan Daerah Jelebu Sulaiman Awang, 58, di sini, hari ini.
Zizan Raja Lawak & Kaka-Bawaku pergi
Beliau berkata demikian ketika mengulas gesaan beberapa pihak agar lagu Bawaku Pergi nyanyian Kaka dan pelawak dan pelakon Zizan diharamkan kerana disifatkan membawa unsur negatif yang boleh mendorong remaja melarikan diri dari rumah.

Rais berkata beliau juga akan mengesyorkan kepada Radio Televisyen Malaysia (RTM) khasnya dan Bahagian Muzik kementerian supaya memberi laporan bagaimana pendirian masyarakat terhadap lagu ini sama ada perlu diharamkan atau tidak.

Oleh yang demikian, beliau berkata perlu beri masa kepada jawatankuasa itu untuk membuat penilaian supaya dapat membuat keputusan yang tepat.

P/S:
Lagunya memang best, tapi bila dibaca lirik,  ada juga betulnya.  Memang menggalakkan remaja lari dari rumah. Kita tunggu ajelah apa keputusan sama ada Lagu Bawaku Pergi diharamkan ke atau tidak.

Siapa yang masih samar-samar siapakah penyanyi Kaka baca Info & gambar terkini penyanyi Kaka

Sah! Lagu Bawaku Pergi – Zizan & Kaka Diharamkan Kerajaan

4 ulasan:

Cik Rose Cute berkata...

tidak pernah lagu nie...

MK Kimi berkata...

knp dr awal lg tidak selidik betul2?

xfhm oh malaysiaku

hatiku berwarna warni berkata...

jgn salahkan lagu..

adianiez AIDA berkata...

betul tu ~ jgn salahkan lagu. tu hanya hiburan...

HAK MILIK : http://cthoney.blogspot.com/