Isnin, 26 Mac 2012

Gambar Majlis Resepsi Danny X-Factor & Leen-25 Mac 2012

Setelah enam bulan bernikah bekas anggota kumpulan X-Factor, Danny atau nama sebenarnya Mohd Khardanie Anwa telah mengadakan majlis resepsi perkahwinannya buat kali ketiga di Zebra Square, Jalan Ampang pada 25 Mac 2012. Danny dan Leen yang juga seorang pramugari bernikah pada 16 September tahun lalu selepas beberapa tahun menyulam cinta.

Majlis itu diadakan bagi memperkenalkan isterinya iaitu Saidatul Fazlin Zakaria atau Leen kepada pihak media dan kenalan rapat yang tidak sempat menghadiri resepsi perkahwinannya di Kelantan pada Oktober lepas.

Majlis berkenaan bertemakan perkahwinan ala-Inggeris berikutan dewan yang ditempah memang berkonsepkan demikian dan telah dihadiri seramai 400 jemputan.






.Gambar dari facebook.Whitesignature dan  sazastudio

Tiada ulasan: