Jumaat, 2 Mac 2012

Peniaga Roti Canai Diminta Guna Sarung Tangan-Setuju Atau Tidak?

Seruan pihak berkuasa yang mahu pengusaha makanan menggunakan sarung tangan ketika mengendalikan makanan, mendapat reaksi kurang memberangsangkan daripada peniaga roti canai di sini. Ini kerana penggunaan sarung tangan boleh memperlahankan proses membuat roti canai, selain mendedahkan penebar roti canai dengan risiko terbakar tapak tangan.
gambar hiasan
“Tidak hanya memperlahankan kita menebar roti canai, ia juga memberikan rasa yang berbeza kepada roti canai. Seperti yang anda lihat, kuali yang digunakan amat panas dan apabila menggunakan sarung tangan, bahang panas dengan mudah dapat meleburkan sarung tangan plastik.

“Apabila itu berlaku, tapak tangan akan terbakar atau cedera, sekali gus menimbulkan kepayahan yang tidak perlu kepada kita,” ujarnya seorang pengusaha restoran yang hanya mahu dikenali sebagai Rahman.

Beliau berkata demikian ketika diminta memberi pandangan berhubung seruan pihak berkuasa yang mahu pengusaha makanan di sini menggunakan pakaian yang sesuai, di samping menggunakan sarung tangan ketika menyediakan makanan.

Seruan itu timbul berikutan peningkatan kes penyakit kaki, tangan dan mulut (HFMD) di Sarawak.

“Kita berharap orang ramai tidak salah faham. Selama ini kita sedaya upaya menjaga kebersihan. Namun, kita harus ingat penggunaan sarung tangan mungkin tidak sesuai untuk mengendalikan makanan tertentu.

“Namun kita sering menegaskan kepada pekerja terutama penebar roti canai agar sentiasa mengamalkan tahap kebersihan yang tinggi setiap masa,” ujar beliau.

Menurut seorang lagi pengusaha restoran, Gunalan Subramaniam, sudah menjadi tradisi bagi membuat roti canai menggunakan tangan kosong.

“Kita setuju bagi pengusaha makanan lain seperti peniaga mi agar menggunakan sarung tangan, namun tidak lojik bagi pembuat roti canai. Setahu saya, tidak pernah saya melihat pembuat roti canai menggunakan sarung tangan,” ujarnya.

Bagi pengusaha seperti mereka, katanya, cara paling berkesan adalah kerap membasuh tangan bagi memberi tanggapan yang baik kepada pelanggan.

Sementara Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan Awam Majlis Perbandaran Sibu (MPS), Patrick Tong ketika dihubungi berkata, pihak majlis telah berusaha meningkatkan ke-sedaran dalam kalangan pengusaha makanan agar mengamalkan tahap kebersihan yang tinggi.

“Kita telah menjalankan pelbagai kursus dan seminar bagi pengusaha makanan dalam meningkatkan ke-sedaran mereka berhubung aspek kebersihan,” ujarnya. Apa Komen?



3 ulasan:

Sakio berkata...

jangan kata sarung tangan topeng muka pun kena pkai kekadang tu peluh kat muka jatuh cam ayaq ujan ja wakakaka

Cik Nurul berkata...

selesa dan terbentuk elok ke kalau buat roti canai pakai sarung tangan..

Muhammad Ariff Mohamad Nizam berkata...

ada dua impak kalau penguatkuasaan pemakaian sarung tangan tu rasanya.

mungkin akan lari sikit rasanya.rasa air tangan tu tak ada.yg ada rasa getah sarung tangan. rasanya lah

pada masa yg sama juga, kalau tak pakai sarung tangan mungkin blh sebarkan penyakit. mungkin.

tapi pada dasarnya, saya kurang bersetuju.sbb apa yg penting, kalau sarung tangan je pakai semasa tebar roti canai, mcm mana pula berkaitan pembikinan adunan roti tadi?macam mana pula dgn pembikinan kuahnya pula?itu semua memberi impak yg sama juga.

apa yg penting, kebersihan diri sblm melakukan sesuatu kerja tu penting. sblm nak uli adunan ke atau apa sekali pun, kebersihan paling utama.

dan sepatutnya kalau nak buat penguatkuasaan pemakaian sarung tgn ni, lebih elok rasanya dibuat penguatkuasaan perundangan kebersihan yg lebih berat,kuat dan kukuh. itu paling penting.

(itu pendapat saya)

HAK MILIK : http://cthoney.blogspot.com/