Khamis, 29 Mac 2012

Gambar Restoran KLCC-Chinoz Terbakar-29 Mac 2012

Sebuah restoran di tingkat empat pusat beli belah KLCC di sini terbakar pada 5.20 petang ini.Menurut maklumat dari di Facebook dan Twitter kira kira dalam pukul 4 ke 5 petang tadi, 29 Mac 2012,satu kebakaran telah berlaku di KLCC. Salah satu restoran dalam bangunan Suria KLCC iaitu Chinoz mengalami kebocoran gas lalu dapurnya terbakar.
restoran KLCC terbakar
Add caption

 Restoran Chinoz On The Park terbakar
Pihak pengurusan mengambil langkah keselamatan dengan menyuraikan orang ramai daripada bangunan Suria KLCC dan mengarahkan kedai kedai lain ditutup. Letupan kecil berlaku dari dapur Chinoz dan menyebabkan kebakaran. Tiada sebarang kecederaan dilaporkan dan api berjaya dipadamkan.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail berkata semua jentera telah dikejarkan ke tempat kejadian.





Update 30/3/2012
Pusat beli-belah terkemuka Suria KLCC semalam terpaksa ditutup selama sejam ekoran berlaku kebakaran pada sistem saluran asap di Restoran Chinoz on The Park.

Semasa kejadian pada pukul 5.30 petang, orang ramai yang terdiri daripada pengunjung dan pekerja yang kesemuanya berjumlah kira-kira 5,000 orang diarahkan mengosongkan pusat beli-belah itu.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail berkata, orang ramai diarahkan keluar oleh pihak keselamatan Suria KLCC bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini sebaik berlaku kebakaran dan menyebabkan asap tebal di sebuah restoran di pusat beli-belah itu.

Menurut beliau, kebakaran tersebut berlaku pada sistem saluran asap yang terletak dalam Restoran Chinoz on The Park.

"Asap tebal dari restoran dapat dilihat di podium bumbung Suria KLCC sejauh kira-kira tiga kilometer," kata beliau ketika ditemui di tempat kejadian di sini semalam.

2 ulasan:

Norasikin berkata...

Apa la yg diaorg masak sampai meletup tu. Keropok lekor kot

ezyra taharin berkata...

selamat tk teruk kn..ee tkut nye..da la rmai owg kt klcc uwhh