Dapatkan Handmade Bag ct N honey Dengan Berbagai Corak & Warna

Khamis, 8 Mac 2012

Selamat Hari Wanita Sedunia-8 Mac 2012

 
Apa yang istimewanya tarikh 8 Mac setiap tahun? Untuk pengetahun semua tarikh 8 Mac merupakan hari yang istimewa untuk kaum wanita seluruh dunia kerana pada tarikh ini mereka akan diraikan dengan sambutan Hari Wanita Antarabangsa (International Woman’s Day). Yang kelakarnya walaupun saya wanita tapi tak tahu langsung hari ini adalah Hari Wanita.

Mari kita ambil tahu sikit, kenapa hari wanita ni diraikan? Hari wanita bermula dari sebuah kisah wanita biasa yang mencipta sejarah, sejarah perjuangan wanita yang berabad abad lamanya untuk persamaan hak, keadilan, keamanan dan kemajuan dalam kehidupan yang dikongsi dengan kaum lelaki.

Selalunya, di sebalik kejayaan seseorang lelaki itu ada seorang wanita di belakangnya. Keindahan dan kecantikan seseorang wanita itu terletak pada sejauh mana dia dapat menjaga maruahnya. Kebijaksanaan wanita pula terletak pada hatinya. Wanita lebih cepat menangis daripada lelaki, itu memang sifat azalinya.

Wanita adalah kejadian yang terindah yang di cipta bagi melengkapi dan menutup kekurangan lelaki. SELAMAT HARI WANITA kepada wanita di seluruh dunia. Semoga kita akan lebih berwawasan dan berjaya seperti kaum lelaki. Terima kasih kepada hazminhamudin kerana menyanjung tinggi kaum wanita.

Kata Umar al-Khattab bahawa "Lelaki yang berjaya itu dilihat dari dua perkara. Pertama, siapa ibunya dan yang kedua, siapa isterinya" .

Rasulullah saw telah bersabda yang bermaksud, "Dunia ini penuh perhiasan dan perhiasan yang paling indah ialah wanita solehah." (Hadis riwayat Muslim).

Hargailah jasa dan pengorbanan ibu dan berbuat-baiklah kepadanya walaupun dia telah pergi. Hargailah jasa dan pengorbanan isteri dan janganlah memandang kecil kepada sebarang sumbangannya.Didiklah adik-adik atau anak-anak perempuanmu dan juga isterimu dengan baik dan berkasih-sayang kerana merekalah yang akan menentukan masa depan dunia yang baru. Selamat Hari Wanita. Baca lagi Rahsianya pada dua wanita yang hebat…


Pesanan untuk wanita Sempena Hari Wanita Sedunia
1. Buangkan ‘perasaan’ lemah, mudah menyerah ‘helplessness’. Sifat-sifat pergantungan.
2. Anda seorang Wanita! Mulia! Amat berguna! Amat diperlukan!
3. Anda mempunyai ‘kuasa’ untuk melahirkan, menghidupkan, mendidik dan membentuk. Ya anda berkuasa!
4. Suara mu mungkin ‘soft’ perlahan, tetapi ianya membawa tujuan dan matlamat yang ‘besar’
5. Bahu mu mungkin tidak sekuat mana, tetapi ianya ‘BERUPAYA’ menanggung segala bebanan sebuah keluarga dengan penuh Rela.
6. Sekiranya Wanita tidak wujud di dunia semua ‘wang’ didunia tidak akan ‘bererti’ ‘no meaning’.
7. Menjadi seorang wanita, amatlah berat tugas dan peranannya. Kerana secara prinsipnya anda mesti berurusan dengan ‘lelaki’.

Wahai Wanita ku hargai diri mu!
Jaga maruah mu.
Kuatkan Iman mu.
Pertahankan hak asasi mu
Perbanyakkan ilmu dan amal mu
Nescaya diri mu diberkati dunia dan akhirat.

6 lebah buat bising:

xDer berkata...

Happy Women's Day tuan blog :)

Abang Zam berkata...

selamat hari wanita. nanti hari lelaki jangan lupa wish jugak. kahkah

Tanpa Nama berkata...

Heboh 'dragons' di tanah tinggi Cameron Highlands..lawat Gallery Magic Potions Taman Royal Lily Tanah Rata

Iza Teratak Usang berkata...

Assalam..
Selamat hari wanita..
Hari lelaki bila ek?

Hazmin Hamudin berkata...

Datang singgah... :). Selamat hari wanita untuk kaum wanita seluruh dunia...

Tanpa Nama berkata...

Slmt hari wanita....