Sabtu, 24 Mac 2012

Suite Pasukan Lotus Terbakar Di Sepang

Suite layanan pasukan Lotus pada Grand Prix Malaysia Petronas terbakar dan menyebabkan asap serta merosakkan pakaian perlumbaan Kimi Raikkonen dan Romain Grosjean, kata pegawai hari ini.

Tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian malam tadi, dipercayai berpunca akibat kerosakan peti sejuk yang memaksa suite di bangunan dua tingkat itu dikosongkan bagi perlumbaan hujung minggu ini.

Bagaimanapun, peralatan perlumbaan milik bekas juara dunia itu dan Grosjean dapat dibersihkan untuk menghadapi sesi kelayakan jam 4 petang ini.




Tiada ulasan:

HAK MILIK : http://cthoney.blogspot.com/