Ahad, 18 Mac 2012

Vanila Coklat Difilemkan-Penggambaran di Paris & Rome

Selepas habisnya Vanila Coklat, tentu ramai rindukan aksi romantis Amir dan Zara. Ini ada satu berita baik untuk disampaikan  kepada penonton setia, cinta dua watak ini akan dibawa ke layar lebar tidak lama lagi. 

Sebelum itu nak ucapkan tahniah kepada produksi drama bersiri Vanila Coklat yang disiarkan di TV3 dalam slot Lestary sebelum ini, apabila mencipta rekod menjadi drama bersiri paling ramai ditonton sehingga mencecah 4.5 juta orang.
Babak romantik Izara & Aiman dalam Vanila Coklat
Tuah badan! Walaupun ceritanya ringan, ia mendapat tempat di hati penonton. Rata-rata menjawab kenapa mereka suka, mereka kata suka babak romantis Amir dan Zara dilakonkan Aiman Hakim Ridza dan Izara Aishah.

Pelakon pembantu seperti Iqram Dinzly, Liza Abdullah, Zuhairi Ibrahim, Emma Akma dan Fazlina Ahmad Daud turut memberi persembahan mantap watak masing-masing sehingga ramai terpaku depan TV untuk mengetahui kesudahan Vanila Coklat.

Sumber memberitahu, atas sambutan luar dugaan itu, Grand Brilliance Sdn Bhd (GBSB) berminat menerbitkan filem Vanila Coklat dan ia akan dihasilkan dengan kerjasama produksi asal drama ini, Asia Media Content.

Semua pelakon Vanila Coklat akan dikekalkan dan penggambaran akan bermula paling lewat Mei ini. Kalau ikut perkiraan ia akan ditayang tahun depan.

Bukan itu saja, produksi juga mahu mengadakan penggambaran di luar negara, antaranya Paris atau Rome.

Nampaknya berseronoklah produksi dan pelakon Vanila Coklat. Apapun, semoga filem ini dapat mengekalkan kehangatan cinta Amir dan Zara sebagaimana drama bersirinya.



2 ulasan:

Ain GreenChubby berkata...

i am don't like vanila n coklat..but like drama Akasia Vanila Coklat...hehe

maszull berkata...

assalamualaikum CT...wah bestnya dengar kabar ni...:)

HAK MILIK : http://cthoney.blogspot.com/