Sabtu, 24 Mac 2012

Video & Gambar Budak Patah Tangan Terkena Bola Rembatan Rooney

Penyerang Manchester United, Wayne Rooney memohon maaf kepada seorang kanak-kanak, Jamie Thomas yang patah pergelangan tangan akibat terkena bola rembatannya ketika pemain itu memanaskan badan sebelum perlawanan Liga Perdana Inggeris di Wolverhampton Wanderers, Ahad lalu.

Thomas, yang berasal dari Wem, Shorpshire, berada di Molineux untuk menyaksikan pasukan kesayangannya, United buat kali pertama.

Malangnya, belum sempat menyaksikan perlawanan tersebut, dia mengalami kecederaan apabila mengangkat tangannya untuk menepis bola sesat rembatan bintang England itu yang terbang ke arahnya.

"Saya meminta maaf kepada Jamie Thomas. Saya telah menyediakan satu surat dan sehelai jersi yang saya tandatangani untuk dihantar kepada alamat rumahnya," tulis Rooney dalam akaun Twitter kelmarin.




4 ulasan:

Razil Tahir berkata...

Ooohhh.. ingat tulis surat dengan sign a jersi tue boleh settle masalah?
Ingat awak tue galmour sgt ker huh rooney?

aku plak emo.. hahaha XD

Miziey berkata...

Patah? peh! biar betikkk. Erk?!

MyKeyPad berkata...

Ala bkn dia sengaja pun. . .

Adminz ONE berkata...

budak tak sepatutnya berada dekat dengan padang. lagipun dah nak jadi ape boleh buat.

HAK MILIK : http://cthoney.blogspot.com/