Isnin, 30 April 2012

Air Perigi Sirap Didakwa Boleh Sembuhkan Penyakit

Setiap penyakit itu ada ubatnya. Lagi satu kita kena yakin, barulah berjaya sembuh. Agaknya itulah yang berlaku kepada salah seorang penduduk yang mendakwa penyakitnya beransur sembuh kerana menggunakan air perigi sirap yang terjadi di Pasir Puteh baru-baru ini.
"Alhamdulillah, penyakit gatal-gatal saya kini beransur hilang selepas mandi dengan air perigi ini."

Itu dakwaan seorang warga emas, Man Mat, 70,selepas mandi air dari sebuah telaga berusia lebih 10 tahun di Kampung Pintu Gerbang, Dalam Ru dekat sini yang kini menjadi tarikan utama selepas airnya bertukar menjadi warna merah baru-baru ini.

Beliau yang berasal dari Kuala Besut, Terengganu berkata, sebelum ini, badannya sering gatal, namun penyakit tersebut hilang selepas mandi dengan air daripada perigi berkenaan.

Air perigi sirap di Pasih putih
 Menurutnya, berita mengenai air tersebut diketahuinya ketika sedang membaiki kereta di sebuah bengkel berhampiran kawasan kampung berkenaan.

"Ketika itu saya sedang membaiki kereta, tiba-tiba saya terdengar ada penduduk kampung bersembang mengenai telaga tersebut.

"Sejurus mendapat tahu mengenai kejadian pelik itu, saya terus ke tempat kejadian dan ambil airnya dengan harapan mengubati penyakit saya.

"Selepas pulang ke rumah, saya mandi dengan air telaga berkenaan dan penyakit gatal yang dihidapi sebelum ini beransur pulih," dakwanya ketika ditemui pemberita di sini semalam.

3 ulasan:

Redlomo berkata...

mungkin kandungan mineral kat perigi 2 yang menyebabkan penyakit boleh sembuh... tetapi jangan lak taksub.. ingat kita berusaha.. yang menyembuhkan 2 allah... yang satu ... www.redlomo.com :)

TCS student berkata...

Setuju dengan pendapat @Redlomo. Macam2 dah cerita pasal benda macam ni. ;p

www.saharol.com

P/s: Admin blog, boleh tolong kasi banyakkan pilihan untuk bahagian komen tak, susah nak komen kalau setakat akaun google ngan openid je. Kalau nak halang spam, aktifkan je bahagian "show word verification". Maaflah, banyak songeh lak saya ni.Hehe

shazlynn fazlynn berkata...

betul cakap red tu..;p

HAK MILIK : http://cthoney.blogspot.com/