Rabu, 11 April 2012

Amaran Tsunami Di Tarik Balik Susulan Gempa Bumi Aceh 11 April 2012

Nasihat amaran tsunami yang dikeluarkan bagi negeri Perlis, Kedah termasuk Langkawi, Pulau Pinang dan Perak telah ditarik balik pada pukul 10 malam ini, kata Jabatan Mateorologi Malaysia.

Jabatan itu dalam kenyataan berkata nasihat itu dikeluarkan pada pukul 6.55 malam berikutan kejadian gempa bumi berukuran 8.7 pada skala Richter melanda wilayah Aceh, Indonesia.

Ancaman tsunami sudah berlalu, kata jabatan itu.

Terdahulu, beberapa negeri di pantai barat Semenanjung Malaysia merasai gegaran pada pukul 4.50 petang tadi berikutan kejadian gempa bumi itu.

Jabatan itu juga mengeluarkan amaran kepada penduduk di negeri berkenaan supaya menjauhi dari kawasan pantai ekoran kemungkinan gempa bumi itu berpotensi mengakibatkan tsunami.

Ahli seismologi Amerika Syarikat juga membatalkan amaran tsunami susulan gempa bumi kuat di Aceh, Indonesia.

"Bacaan paras laut kini menunjukkan bahawa ancaman itu berkurangan bagi kebanyakan kawasan. Oleh itu, amaran tsunami yang dikeluarkan oleh pusat ini kini dibatalkan," kata Pusat Amaran Tsunami Pasifik Amerika Syarikat berpangkalan di Hawaii.sumber


Orang ramai menunggu bagi menyaksikan ombak tsunami di Persiaran Gurney, George Town, Pulau Pinang susulan gempa bumi bermagnitud 8.7 di Aceh, Indonesia pada Rabu.

Tiada ulasan: