Ahad, 29 April 2012

Bersih 3.0:Perbezaan Video Versi Berita TV3 & Video Sebenar Kejadian Kereta Polis Diterbalikkan Berhampiran SOGO-Siapa Yang Bersalah?

Petang tadi semasa perhimpunan Bersih 3.0, sebuah kereta peronda milik pihak polis telah diterbalikkan oleh sebahagian peserta perhimpunan Bersih 3.0.
Kereta Polis diterbalikkan di hadapan Sogo-Bersih 3.0
Difahamkan, kejadian berlaku kira-kira jam empat petang. Kereta pegawai penyiasat polis itu dikatakan sedang melalui laluan berhadapan kompleks membeli belah SOGO. Peserta demonstrasi dikatakan membaling objek dan terkena anggota polis yang memandu kereta ini. Ia menyebabkan kereta ini terbabas.

Kumpulan peserta demonstrasi yang melihat kejadian kemudian mengerumuni kenderaan ini. Mereka seterusnya memecah dan menendang kereta ini sebelum menterbalikkannya. Difahamkan tindakan tersebut berlaku selepas didakwa melanggar penyokong Bersih 3.0 di situ. Kejadian tersebut telah menjadi isu, siapakah yang bersalah? Pemandu kereta ke atau penyokong bersih?

Dikatakan pula video yang ditayangkan di Berita TV3 telah diedit. Sama-samalah kita tengok video dibawah dan anda nilailah sendiri.

Video di Berita Utama TV3


Video yang didakwa kejadian sebenar




8 ulasan:

gnesop poseng berkata...

adus, takut tengok video nih..
dah cermin pecah, dibaling.. cam ner tak terbabas.. langgar org..

kak mah berkata...

Tengok betul-betul dan faham betul-betul

Master Zuheir Mafarz berkata...

video time org bersih dipotong.shit!

tv3 cut lgi movie.haha

mr.kylephytrie berkata...

camni lah kalau nak berdemo...bkn sumer owg dapat dikawal... ape da jadi? rugi diri sendiri je...kedua2 video tu shameless.....

Atiqah Norazli berkata...

tah xtw mne yg btol da skunk niyh..
gile la skunk..

Farhan Ibn Yahya berkata...

mana xnya...sebahagian dak2 yang nie dah baling dlu botol air dan tendang kat kereta polis tue...cermin dah kasi pecah dlu...mne nak nampak depan...then terbabas...polis nie lak cari nahas...nak kluar lalu situ...x pasal2 dah kena...hurm...

xkesah berkata...

Kamu ni, BODOHHHHHHHH.!!!! Napa nak timbulkan perang. Tak da hotak ka. Siallllll!!!!

Mohd Billy berkata...

kat msia ke ni? kesian..

HAK MILIK : http://cthoney.blogspot.com/