Jumaat, 27 April 2012

Budak Diculik Di Mont’ Kiara International School Kuala Lumpur- Nayati Shamelin Moodliar

Perhatian semua. Sekarang ini di Twitter dan Facebook menghebahkan tentang penculikan budak lelaki berumur 12 tahun. Kejadian itu berlaku di Mont’ Kiara International School Kuala Lumpur.

Baca maklumat dibawah yang telah diambil dari  venusbuzz.com

Malaysian social networks are abuzz with shocking news that a 12 year-old boy was kidnapped this morning near the Mont’ Kiara International School in Kuala Lumpur.

Nayati Shamelin Moodliar, who is Dutch, was abducted by two dark-skinned men in a Black Proton Gen 2 with WNH1356 number plate.

The incident happened early this morning, a police report has been filed but his whereabouts are still unknown. The school has also issued an alert on their website.

Nayati is about 1.50m (roughly 4ft 10in) and was last seen wearing green shorts, white polo shirt with school emblem.

If you’ve seen this child or have a lead, please call the Malaysian Police at 999, or the school at 03- 2093 8604.

Please help to spread the word.

Diharapkan Nayati selamat dan dapat ditemui semula. 

Update
Seorang kanak-kanak lelaki warga Belanda berusia 12 tahun diculik sekumpulan dua lelaki di hadapan sebuah sekolah di Mont Kiara, di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 pagi itu, mangsa, Nayati Moodliar yang berada di hadapan sekolah berkenaan dilaporkan tiba-tiba ditarik seorang daripada suspek masuk ke dalam sebuah kereta jenis Proton Gen 2 berwarna hitam dan nombor pendaftaran WNH 1356. 

Kejadian itu disaksikan seorang pengawal keselamatan sebelum memaklumkan keluarga mangsa.

Malah, rakaman CCTV di hadapan sekolah berkenaan turut merakamkan kejadian berkenaan.sumber


Update 28 April 2012
Seorang kanak-kanak lelaki warga Belanda hilang secara misteri selepas dilarikan dua lelaki menaiki Proton Gen 2 di hadapan sekolahnya di Bukit Kiara, semalam.

Malah sehingga kini, ibu bapa kanak-kanak berkenaan belum menerima panggilan daripada lelaki yang melarikan anaknya itu bagi tujuan meminta wang tebusan.

Dalam kejadian jam 7.35 pagi itu, kanak-kanak berkenaan, Nayati Shamelin Moodliar, 12, baru keluar dari kawasan perumahannya yang terletak kira-kira 50 meter dari sekolahnya.

Bapa mangsa, Shamelin Moodliar, 42, berkata, sebelum kejadian, dia menyiapkan anak tunggalnya itu untuk ke sekolah.

Katanya, sebaik anaknya keluar, dia menerima panggilan daripada guru besar sekolah anaknya itu yang memaklumkan anaknya yang berbaju T putih dan seluar pendek hijau dilarikan dua individu tidak dikenali dengan menaiki kereta berwarna hitam yang dipercayai menunggu di lokasi berkenaan sejak awal pagi.

“Saya difahamkan ketika kejadian, anak saya baru tiba di persimpangan Jalan Kiara sebelum didatangi dua lelaki berkulit gelap yang menariknya masuk ke dalam kereta dan melarikan diri ke arah ibu kota.

“Kejadian berkenaan disaksikan orang ramai yang kemudian menghubungi pihak sekolah dan kami juga sudah menyerahkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) sebuah kondominium berdekatan yang berjaya merakam kejadian itu ketika membuat laporan polis,” katanya, semalam.

Beliau yang bekerja sebagai perunding kanan sebuah firma pengurusan itu berkata, sehingga kini dia tidak dihubungi kumpulan penculik itu malah menafikan mempunyai musuh perniagaan kerana baru lapan bulan keluarganya tiba di Malaysia.

Menurutnya, kejadian berkenaan nyata sudah dirancang rapi berikutan pengawal keselamatan nampak kereta yang dinaiki penculik itu diletakkan dalam arah bertentangan di Jalan Kiara 1 bagi memudahkan mereka melarikan diri.

“Saya tidak tahu sebab anak saya menjadi pilihan mereka, malah saya tidak pernah berselisih faham mahupun bergaduh dengan sesiapa sejak tiba di negara ini.

“Kami merayu kepada kumpulan penculik itu agar mengembalikan anak kami mahupun menghubungi kami jika memerlukan wang untuk membebaskannya,” katanya yang hadir bersama isterinya, Janice Smith, 40.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, pihaknya sudah menerima laporan polis daripada keluarga mangsa dan kes kes disiasat mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan kerana melarikan orang di bawah penjagaan yang sah.sumber





Nayati Shamelin Moodliar Sudah Selamat Dijumpai

4 ulasan:

Bubble_Haze berkata...

Makin ramai budak ilang sekarang ni....

Aien Nia berkata...

Kesian budak tu..

ezyra daniel berkata...

smoga budak tu tak pape,,if da tdesak sgt, mintak duit tebusan kt fmly dia,tp pliz kembalikan dia dlm keadaan y bekk... :(

Muhammad Jeffry bin Herimulyadi berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
HAK MILIK : http://cthoney.blogspot.com/