Khamis, 19 April 2012

Cerekarama Menara Cinta TV3-Fasha Sandha & Fahrin Ahmad

Cinta umpama jambatan pelangi yang mengetuk pintu dua hati nan jauh. Musim cinta di bulan April memenuhi slot Cerekarama bulan ini dengan berbicara suara hati insan bercinta.
Cerekarama Menara Cinta-Fasha Sandha & Fahrin Ahmad

Selepas Landasan Cinta yang disiarkan, nantikan pula giliran Menara Cinta menemui penonton pada 21 April 2012. Sentuhan sutradara yang juga pelakon, Zulhuzaimy menerusi terbitan Temenggung Pictures, Menara Cinta membariskan pelakon handalan seperti Fasha Sandha, Fahrin Ahmad, Zulhuzaimy, Nabila Huda dan Rosnah Johari.
Fahrin Ahmad semasa penggambaran Menara Cinta di Paris
Penggambaran Menara Cinta di Paris, menyaksikan kehidupan pasangan suami isteri yang tiada lagi persefahaman dalam melayari bahtera rumah tangga lalu mengambil keputusan untuk bercerai. Selepas berpisah Sofea meninggalkan rumah Rizwan dengan ditemani kekasih barunya, Danial. Sofea akhirnya berkahwin dengan Danial dan tinggal di England.

Ibubapa Rizwan memujuk Rizwan segera berumahtangga dan mendapatkan zuriat. Hubungan rapat semasa menjalani proses penceraian dimahkamah bersama Nur, peguam syarie Rizwan membuahkan bibit kemesraan antara mereka. Lantas mereka akhirnya bertunang.

Ketika hampir tarikh majlis perkahwinan mereka, Rizwan dihantar oleh syarikatnya untuk bertugas sebulan di Paris. Takdir Allah SWT mempertemukan Rizwan dan Sofea di kota Paris. Sofea pula telah bercerai dengan Danial. Rizwan bimbang akan kehilangan cinta Sofea, lantas tanpa berfikir panjang Rizwan bernikah dengan Sofea di Paris.

Sekembalinya ke Malaysia, Rizwan memohon maaf kepada Nur kerana terpaksa memutuskan pertunangan mereka. Nur menyaman Rizwan di mahkamah syariah dan menuntut ganti rugi RM! juta kerana memungkiri janji untuk berkahwin.

Sofea pula tertekan kerana Danial mengugut menyebarkan foto peribadi ketika mereka berbulan madu dulu. Akhirnya tekanan melampau itu membuatkan Sofea tiba-tiba rebah dak sukar bernafas. Doktor mengesahkan dia adalah membawa virus HIV. Adakah Rizwan masih setia menerima Sofea? Dapatkan Sofea dan Rizwan mengecapi kebahagiaan untuk bersama?

Saksikan Menara Cinta di slot Cerekaram pada Sabtu, 21 April ini , jam 10 malam.



2 ulasan:

Huda berkata...

macam menarik je ceritanya...

Tanpa Nama berkata...

best citer ye n sedih... lama xc FA berlakon

HAK MILIK : http://cthoney.blogspot.com/