Ahad, 22 April 2012

Fouziah Gous Bertunang Jun Ini.

PELAKON jelita Fouziah Gous, 30, akan melangsungkan pertunangan Jun ini. Itulah berita terbaru yang di dengar mengenai bintang filem 2 Hati 1 Jiwa ini.
Majlis pertunangan Fouziah berlangsung Jun 2012
Sudah tentu soalan seterusnya, bertunang dengan siapa? Namun Fouziah Gous masih merahsiakan gerangan lelaki bertuah yang berjaya membuka hatinya. Selama ini Fouziah sering digosipkan dengan Iqram Dinzly tapi mereka menafikannya.

Malah ada yang mengatakan hubungan mesra Fouziah dan Iqram itu sekadar berselindung atau coverline kerana artis itu ada buah hati yang ingin dirahsiakan. Mesti ramai yang ingin tahu siapa gerangan kekasih Fouziah yang dimaksudkan itu. 

Mungkinkah dengan orang kuat stesen televisyen yang pernah dikaitkan dengan Fouziah, kerana baru-baru ini Fouziah telah memberitahu yang dia sedang bercinta dengan seseorang yang bergelar Datuk. Pasangan ini juga pernah kelihatan menghadiri satu majlis perkahwinan baru-baru ini. Apakah kini mereka tidak main sembunyi-sembunyi lagi? 

 Nampaknya peminat kena sabar menanti detik pertunangan mereka yang dikatakan berlangsung Jun ini.

1 ulasan:

redlomo berkata...

wah...tahniah.. kalau dia betul nak bertunang