Jumaat, 13 April 2012

(Gambar) Kemalangan Libatkan 10 Kenderaan Di Lebuhraya Elite.

Kemalangan melibatkan 10 buah kenderaan iaitu sebuah bas ekspress, sebuah lori kontena, sebuah Toyota Camry, sebuah Perodua Kancil, sebuah Proton Persona, sebuah Perodua Viva, sebuah BMW, sebuah lori treler dan sebuah van Toyota.




Seramai 3 penumpang bas dan seorang pemandu lori kontena cedera parah. Lori kontena tersebut jatuh ke lereng bukit setinggi 10 kaki setelah melanggar bas tersebut. Bas membawa seramai 23 pelancong warga Thailand.

Bomba Subang Jaya bersama Pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Cyberjaya berjaya mengeluarkan seorang mangsa yang cedera di dalam bas tersebut.sumber

Update 13 April 2012/9.00mlm
Enam parah dalam satu kemalangan membabitkan tujuh kenderaan, termasuk sebuah bas ekpres membawa pelancong.

Sebuah lori kontena turut terhumban ke dalam gaung.

Kejadian berlaku kira-kira jam 11.45 malam semalam di Kilometer 13.8, Lebuh Raya Elite arah utara, kira-kira 300 meter sebelum susur ke Putra Heights.

Sebuah kenderaan penguatkuasa Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat, SPAD dikatakan memintas sebuah bas ekpres yang dikesan memandu melebihi had laju.

Sebaik bas itu hendak memasuki lorong kecemasan, sebuah lori kontena gagal mengelak, lalu merempuh belakang bas.

Lori kemudian terbabas ke kiri dan terhumban, sebelum terbalik ke arah tebing sedalam kira-kira 50 meter.

Bas juga turut merempuh belakang Proton Inspira.

Bagaimanapun, empat pengkuatkuasa SPAD, terselamat tanpa sebarang kecederaan.

Bas ekpres membawa kira-kira 30 pelancong warga Thai ini dalam perjalanan dari Johor Bahru menuju Hatyai.

Penumpang bas kemudian meneruskan perjalanan menggunakan sebuah bas gantian dari syarikat yang sama.

Polis sedang menyiasat punca kemalangan.video kemalangan







1 ulasan:

kak mah berkata...

Amat takut bila lihat kejadian sebegini.

HAK MILIK : http://cthoney.blogspot.com/