Jumaat, 6 April 2012

Gambar Kemalangan Ngeri Daihatsu Charade Dengan Lori Di Jalan Kota Bharu-Kuala Krai

Tiga sahabat yang menaiki kereta Daihatsu Charade, Eyu Win Lee, 30, Tan Spei Shia, 24 dan Wee Wai Hwa, 34, maut di tempat kejadian akibat parah di kepada dan badan. Mereka berasal dari Kampung Terumbu Johar, Pasir Mas, Pasir Parit Chetok, Pasir Mas dan Kedai Lama Pulai Chondong, Machang.


Kemalangan berlaku apabila kereta dipandu Eyu dalam perjalanan dari Machang ke Kota Bharu hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan sebelum merempuh lori jam 7 malam. 
Kemalangan ngeri di Jln Kota Bharu-Kuala Krai

“Bunyi perlanggaran dua kenderaan itu bagaikan letupan bom sehingga mengejutkan sesiapa saja di kawasan berhampiran tempat kejadian.

Seorang anak pelanggan saya turut menangis kerana terkejut,” kata pemilik restoran, Hasilah Hassan, 32, yang menyaksikan kemalangan ngeri sebuah kereta terperosok di bawah sebuah lori, di Jalan Kota Bharu-Kuala Krai di Bukit Cina, Kok Lanas, di sini, kelmarin.

Katanya, sejurus terdengar bunyi berkenaan, dia ke tempat kejadian yang terletak berhampiran restoran dan terkejut apabila mendapati sebuah kereta hancur terperosok bawah lori.

“Saya melihat beberapa cebisan otak dan perut `bersepah’ di atas jalan raya dan terpercik di depan cermin lori, manakala minyak kereta terus mengalir keluar daripada kenderaan itu.

“Walaupun loya, saya menggagahkan diri menjenguk ke dalam kenderaan sebelum mendapati tiga mangsa berbangsa Cina terkulai di atas kerusi kereta dalam keadaan mengerikan,” katanya.

Pemangku Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ketereh, Wan Ngah Wan Long berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam pada jam 7.08 malam dan tiba di tempat kejadian 20 minit kemudian.

Katanya, dua jentera dari Balai Bomba Ketereh dan Machang bersama 13 anggota, ke lokasi kejadian. Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Deputi Superintendan, Ahmad Zaki Ibrahim, berkata, siasatan awal mendapati kereta dipandu Eyu hilang kawalan.



2 ulasan:

T-ara Arzeillia berkata...

tak terkata bila melihat gmbr tu.. takziah buat keluarga mangsa

Myvitrd berkata...

huhu.. malang sentiasa tidak berbau.. hati2lah dijalan raya