Ahad, 15 April 2012

Gambar Majlis Pernikahan Natasha Hudson & Carleed Khaza

Majlis pernikahan pelakon dan penyanyi Natasha Hudson, 29 bersama Khalid Kamal @ Carleed, 33 berlangsung pada 15 April di Masjid Wilayah, Jalan Duta sekitar jam 11 pagi. 


Dengan sekali lafaz, Natasha Hudson sah bergelar isteri kepada penyanyi hip hop dan komposer juga seorang ahli perniagaan Khalid Kamal atau Carleed Khaza.
Pasangan ini dinikahkan oleh jurunikah, Shahirman Ahmad, berwalikan hakim dengan mas kahwin sebanyak RM80 dan tiada wang hantaran diterima. Natasha yang menggayakan persalinan rona coklat keemasan rekaan Shahida Shariff.

Majlis pernikahan itu turut disaksikan oleh kedua-dua ibubapa Carleed, Kamal Al-Bakri dan Aisha Abdul Manaf serta ibu Natasha, Ratna Hussin.

Selain itu, seramai 700 tetamu yang hadir termasuklah keluarga, saudara mara serta teman-teman rapat kedua-dua belah pihak .

Gambar rotikaya.com

Pasangan pengantin baru ini sedang merancang untuk berbulan madu di Istanbul, Turki dalam masa terdekat ini.

Natasha yang anggun mengenakan busana krim menerima lima dulang hantaran dari pihak lelaki berupa sireh junjung, al-Quran, kain persalinan, wangian, cincin dan mas kahwin. 

Manakala Carleed menerima tujuh dulang berupa sireh junjung, sepersalinan pakaian, sejadah, kek, wangian, al-Quran digital dan cincin.

Pelakon popular itu baru pulang daripada mengerjakan umrah pada 21 Mac lalu selama hampir dua minggu. Sekembalinya ke tanah air pada 4 April, pelakon drama bersiri Pulau itu mengumumkan tarikh perkahwinannya.


Gambar gua.com.my 

Natasha Hudson telah dikurniakan seorang cahayamata bernama Nessa Helena menerusi perkahwinannya sebelum ini.

Merupakan perkahwinan ketiga buatnya, perkahwinan pertama Natasha Hudson bersama seorang ahli perniagaan tidak bertahan lama apabila mereka becerai selepas lima bulan berkahwin.

Manakala perkahwinan kedua Natasha Hudson bersama seorang ahli politik, Datuk Shahrin Zahari pada tahun 2007 hanya bertahan dua tahun sahaja sebelum mereka bercerai.

Khalid Kamal, merupakan pemilik syarikat muzik, PhuturePhlow dan mereka pernah berduet dalam lagu Jika Ku Boleh Ubah Dunia dan Destiny Bersiri .





1 ulasan:

Unknown berkata...

dia pakai tudung macam nurjuma ksikit2,btw tahnaih (: