Khamis, 19 April 2012

Gambar Siapakah Pelakon Ada Skandal Dengan Menteri &Terima RM1.5 Juta Terbongkar

Kecoh!Kecoh!......Cerita tentang skandal sulit antara seorang aktres serta VIP berstatus menteri dimana ia dipercayai membabitkan transaksi wang berjumlah RM 1.5 juta dalam masa 4 bulan perkenalan mereka. Dan, hubungan sulit berkenaan sudah pun berlanjutan sehingga 3 tahun mula tersebar pun tersebar.

Adakah benar? Kita nantikan pengakuan dari pelakon terkenal Z R yang telah didedahkan rahsia hubungannya bersama Menteri  Datuk S A dalam satu laporan polis pada 13 Mac lalu.

Terdahulu, pemandu peribadinya iaitu Noor Azman Azemi, 38, yang bekerja sebagai pemandu peribadi  sejak tiga tahun lalu mendedahkan skandal itu dalam laporan polis terhadap beliau yang menuduhnya melarikan wang RM200,00 milik pelakon tersebut. Tuduhan pelakon terhadap Noor Azman itu juga pernah dilaporkan sebuah akhbar pada 3  Mac lalu.

Dalam laporan itu, Noor Azman berkata, ketika berada di rumahnya di Flat PKNS Ampang, beliau didatangi (tidak dinyatakan tarikh) beberapa orang termasuk dua orang yang memperkenalkan diri mereka sebagai anggota polis yang bernama Hafiz dan Raj.
“Saya diminta Datuk untuk bekerja sebagai pemandu peribadi kepada Z untuk memastikan gerak-geri Z  dapat dipantau. Datuk dan Z mempunyai hubungan intim antara satu sama lain. Sayalah antara orang kepercayaan yang dipercayai. Walaubagaimanapun saya diminta Datuk untuk melaporkan segala langkah Z  kepada Datuk.”

“Datuk akan berjumpa dengan Z (saya akan memandu dan berurus dengan pemandu Datuk ) secara rahsia di mana-mana hotel sekitar Kuala Lumpur setiap minggu. Pada setiap kali perjumpaan itu Datuk akan menyerahkan wang tunai antara RM100,000 hingga RM200,000. Wang tunai tersebut kemudiaanya akan dibawa ke bank oleh saya dan Z untuk dimasukkan ke dalam akaun Maybank Z di Menara Perkeso Jalan Ampang.”

“Pada tarikh 29 Februari 2012, saya tidak diberi apa-apa wang secara tunai dan secara biasa saya tidak pernah diberi wang tunai jumlah besar untuk dimasukkan ke dalam bank tanpa ditemani Z. Saya hanya dibayar jumlah RM25,693 untuk pembayaran ansuran dua buah kereta mewah dan sebuah banglo di Bukit Indah kepunyaan Z .”
Laporan polis ini telah didedahkan oleh Ahli Parlimen PKR, di lobi Parlimen semalam. Melalui siasatannya, terdapat beberapa transaksi yang dilakukan menteri itu kepada Z di antara Oktober 2011 hingga Januari 2012.
“Pada bulan Oktober 2011 sahaja ada dua transaksi iaitu RM36,000 dan RM26,000. Maknanya pada bulan itu sebanyak RM58,000 tunai yang diambil Noor Azman untuk dimasukkan ke dalam akaun Z.

Pada November 2011 pula terdapat RM118,000 dan pada Disember pula terdapat RM333,000. Pada Januari 2012 RM510,000. Kalau saya jumlahkan kesemuanya ia lebih kurang RM1.4 juta dalam masa empat bulan menteri itu berikan tunai kepada Z,” katanya.
Ahli Parlimen itu juga turut mendedahkan, Z mempunyai sebuah kereta mewah jenis BMW 6 Series ,Porshe, Toyota Harrier dan juga rumah bernilai RM2.9 juta. Persoalan beliau, bagaimana menteri itu memperolehi wang tunai sebanyak itu?

“Sebagai menteri beliau bertanggung jawab kepada rakyat Malaysia untuk menjelaskan dari mana sumber wang itu diperolehi untuk diberikan kepada Z ,” katanya.

Pada 3 Mac lalu, akhbar melaporkan Pelakon Z kerugian RM200,000 dilarikan pemandunya selepas diarah memasukkan wang berkenaan ke dalam akaun banknya. Pelakon kacukan Melayu-Pakistan itu turut menjadi bahan bualan di laman blog beberapa tahun lalu apabila digosipkan berkahwin dengan D S A di luar negara. Kini dilanda lagi bukan sekadar gossip tetapi laporan polis turut dibuat sebagai balasan laporan Z yang menuduh pemandu peribadinya melarikan wang RM200,000.

Dulu Z pernah menepis gossip mengatakan dia dibela seorang VVIP.
“Bagi saya apabila gosip mengatakan saya dibela oleh VVIP ia satu penghinaan. Saya bukan perempuan simpanan. Sebagai anak bongsu dalam sebuah keluarga yang berpegang teguh kepada adat dan agama, ayah tidak membenarkan saya tinggal sendirian selagi belum berkahwin.”
Gambar Pelakon Ada Skandal Dengan Menteri



6 ulasan:

Suzie berkata...

Dah boleh agak dah sapa.....tapi susah kan nak dapat pekerja amanah sekarang .

shah berkata...

huiyo,sapa ni

LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ berkata...

zahidah rafik dgn dato shafie afdal...

mcm ni la lepa dok mengkedarah duit rakyat ye...dok bela artis plak...

yg kita ni kalau nak buat loan dgn kerajaan mcm2 yg lepa mintak...mai nak bg kat artis sandal lepa senang2 ja bg duit tu...

haram sungguh...

LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ berkata...

sory ct kakD memang emo dgn cerita2 mcm ni...geram tau...

redlomo berkata...

benda... kalau disorok.. akhirnya terbongkar jugak.... pandai buat pandai la menjawab

shazlynn fazlynn berkata...

munafik sungguh,,, ;(. Dunia sudah berakhir...

HAK MILIK : http://cthoney.blogspot.com/